Fikir dulu sebelum buang

Khamis, 29 April 2010
Akhir-akhir ini banyak sungguh berita tentang pembuangan bayi dilaporkan di dalam akhbar dan televisyen. Rasa pelik bercampur curiga menjengah sebaik sahaja gejala keruntuhan akhlak ini dikaitkan dengan remaja muda-mudi, lebih-lebih lagi MAHASISWA juga turut menari rentak yang sama dengan golongan yang kurang terpelajar.

Bahkan lebih dahsyat lagi, MAHASISWA bertambah "darjat" sehingga dikatakan terlalu sinonim dengan kes KHALWAT dan SEKS LUAR NIKAH.

Nak kata jahil agama,semua pernah ikut kelas berunsurkan agama(TITAS,Hubungan Etnik dll)...(Sekurang-kurangnya hal hukum-hakam pernah disebut)

Apa cerita semua ni???

Sebagai Mahasiswa, sepatutnya kita dapat menilai baik dan buruk perbuatan kita.

Tidak sewajarnya bagi seorang terpelajar ber'dating' di tempat sunyi di Pantai Tok Jembal...



Alangkah malunya bagi seorang pelajar tahun akhir yang menguncikan makmal untuk berdua-duan lelaki dan perempuan di dalamnya..(Adakah budaya ini yang akan dibawa ke alam pekerjaan)

Sungguh kesian bagi ANAK kepada ayah dan emak yang sungguh asyik berseloroh dengan pasangannya di dalam kereta kancil bernombor plat DAX **** di tepi jalan-jalan gelap. Mungkin keluarganya sedang bertepuk tangan jika dapat melihat apa yang sedang dilakukan. Bertuah sungguh mak ayah dapat anak macam ni...

Kami dari desktop Barisan Pendokong PROMAHASISWA merayu pada anda semua Mahasiswa UMT untuk bersikap rasional dalam memilih tindakan apa yang anda hendak lakukan.Nilailah dari sudut agama dan norma hidup.

Kami berserta penduduk UMT tidak lagi sanggup mendengar ada lagi Mahasiswa ditangkap di tandas-tandas sekitar kampus.

Kami juga tidak lagi tegar mendengar kejadian sama berlaku di bilik kolej kediaman(Kalau nak bagi tahu,panjang ceritanya)

Kami amat-amat berharap kejadian buang bayi tidak akan sama sekali terjadi di Universiti yang kita sama-sama cintai.

Apalah maknanya Bangunan Pusat Kegiatan Pelajar siap dibina, jika itu menjadi tempat bayi yang tidak bersalah dibuang terjelepuk.

Apakah kita mahu menerima hakikat bahawa Pusat Kesihatan Pelajar bakal menerima barisan pesakit yang mahu melepaskan 'dosa'nya di situ.



Jangan....
Tolonglah Jangan....
Tolonglah Jangan Buat....
Jangan sesekali.....

Bayi di bawah bukannya sengaja tidur di situ.



Anda tidak akan senang dengan DOSA ini sepanjang hidup anda.Ini buka masalah buang sampah di merata tempat. Ini bukan hal main-main. Kalau kita tidak cakna, masyarakat kita merudum nilai harganya seperti sampah. Sedangkan kucing pun sayangkan anaknya. Inikan manusia yang ada aqal.Fikir-fikirkanlah...

Selamat Pulang Ke Kampung halaman

Khamis, 15 April 2010


Nampaknya sudah ramai mahasiswa beranjak pulang meninggalkan UMT. Kesunyian di asrama sudah terasa di mana ramai mengusung beg-beg besar keluar dengan riak muka yang begitu gembira. Mungkin bercampur dengan istilah MERDEKA yang digunakan untuk menandakan habisnya peperiksaan akhir ataupun gembira teramat sangat dek kerana hendak pulang berjumapa ayah dan emak di rumah. Alhamdulillah, MPP UMT dengan kebersediaan pihak pentadbiran dapat melangsungkan lagi program kebajikan untuk mahasiswa UMT dengan menyediakan perkhidmatan bas berulang-alik ke stesen bas di Kuala Terengganu.Untuk makluman perkhidmatan bas ke sana bermula pada hari ini iaitu 15 April dan akan berlanjutan mengikut keperluan semasa.

Penghuni asrama adalah golongan yang dapat merasai suasana sebenar di UMT. Segala program,majlis dan peristiwa yang berlaku di UMT,penghuni asrama lah yang mengetahuinya paling awal dan juga dapat merasainya sendiri. Tambahan pula, boleh dikatakan kehidupan di asrama agak mewah dan menyeronokkan. Segala kemudahan disediakan dengan baik serta memudahkan urusan. Walaupun terdapat perbandingan yang boleh dibuat antara asrama- asrama yang ada di UMT dari sudut kemudahan dengan perbezaan nisbah harga yang ada.Menginap di asrama adalah antara pilihan yang utama. Baru-baru ini telah dikeluarkan senarai nama pemohon-pemohon yang layak menduduki asrama. Ada yang dapat dan juga ada yang kurang bernasib baik. Bagi yang tidak layak,anda masih mempunyai peluang untuk tinggal di asrama. Borang rayuan disediakan.

Terdapat banyak kriteria yang memboleh mahasiswa layak untuk tinggal di asrama. Antaranya, keterlibatan dalam ko-kurikulum, pasukan beruniform, aktiviti sukan, kegiatan sosial dan lain-lain lagi. Jelaslah bahawa untuk tinggal di asrama, mahasiswa perlu AKTIF. Bagi yang sudah aktif tetapi tidak juga mendapat peluang tinggal di asrama. Bersabarlah... mungkin ada sebab anda diminta untuk tinggal di luar.

Mesej daripada Menteri Pengajian Tinggi



Anda, para graduan sekalian adalah produk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Anda jugalah modal insan negara. KPT sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang masa hadapan anda. Justeru, Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2010 adalah platform penting bagi langkah pertama anda untuk membina kerjaya.

Di K3G, anda menemui bakal majikan. Di Karnival inilah anda boleh membuat pilihan antara kelulusan, minat dan kerjaya idaman. Pakejkan keupayaan dan kehebatan anda sebaiknya dan pasarkan kebolehan diri kepada majikan yang sesuai dengan minat dan kecenderungan anda.

500 majikan bakal menanti anda di K3G. 15,000 peluang pekerjaan perlu diisi. Temuilah bakal-bakal majikan dari sektor awam ke GLC, dari syarikat swasta kecil dan besar hingga ke syarikat multinasional dan konglomerat antarabangsa.

Oleh itu, kunjungilah dan sertailah Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) pada 14-16 Mei 2010 di PWTC. Pilihlah masa hadapan anda di sini!





Menteri Pengajian Tinggi
Minister of Higher Education
Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin


If you’re looking for the perfect method to showcase your resume and attract both local and international top companies, look no further. Grab this opportunity as fast as you can and come expecting Malaysia’s career fair this 14-16 May 2010.


The event details are as follow:
Date: 14 - 16 May 2010
Time: 10am - 6pm
Venue: PWTC (KL) (map)
Fee: ENTRANCE IS FREE