Dicatat oleh
mc rooneyIsnin, 28 Disember 2009
di
9:38 PTG
Menurut the star keluaran 13 November 2007 bertajuk Malaysian varsities not in top 100 lists,nampaknya tiada satu pun universiti di Malaysia ini yang berada di tangga 100 teratas.Mahupun top 200.
Anda boleh muat-turun laporan universiti tangga 100 di dunia di topuniversities dan cuba lihat universiti dunia yang berada dalam senarai tersebut.
Universiti-universiti ulung seperti Cambrigde,Harvard dan Oxford masih lagi berada di tangga teratas.Mungkin kita patut kecilkan sedikit skop pemerhatian kita dengan melihat senarai universiti Asia Tenggara pula.Ada dua universiti Singapura berada di kedudukan top 100.
Bagi senarai Asia,universiti-universiti daripada Jepun,China,Korea Selatan dan Taiwan berada di kedudukan top 100 dan top 200.
Bagaimana pula dengan dua universiti Malaysia yang sebelum ini berada di top 200?Jika sebelum ini UKM daripada tangga 185 tapi kali ini jatuh ke tangga 309 dan UM daripada 192 ke tangga 246.Dan kini USM berada di tangga 307 dan UPM di tannga 364.
Jika dahulu para mahasiswanya dahagakan ilmu pengetahuan di universiti,kini mereka dahagakan keseronokkan.Jika dahulu universiti tempat mencari jati diri atau membina jati diri,kini unversiti tempat mencari marka(kekasih).Tepuk dada,tanyalah diri.Alahai,apalah nasib diri…
Berikut disertakan senarai semua university di Asia. Kiralah sendiri UMt di tempat ke berapa...
First | Previous | Next | Last | Universities 1 to 29 of 29
Sumber: The "Webometrics Ranking of World Universities" - an initiative of the Cybermetrics Lab, a research group belonging to the Consejo Superior de Investigaciones Científicas (CSIC), the largest public research body in Spain.
Adakah kemudahan pelajar diutamakan?Seperti yang kita tahu, kemudahan pengangkutan kepada pelajar amat penting. Setakat inihanya sedikit sahaja kemudahan yang disediakan. Penggunaan bas UMT adalah kurangdiberi perhatian, maksudnya bilamana mahasiswa ingin menggunakan bas tersebut untuk tujuan lawatan ilmiah, adalah amat sukar untuk mendapatkannya. Walhal kita tahu betapa banyaknya bas di UMT. Tetapi pernahkah anda sebagai mahasiswa cakna pada isu ini?
Ini amat menyukarkan pelajar mahupun pensyarah yang ingin membuat lawatan. Kadang-kadang jumlah bas yang diberikan adalah tidak memadai dengan jumlah pelajar yang akan membuat lawatan. Kalau dilihat dari perspektif sebagai masyarakat mahupun pelajar, tidak hairanlah kenapa dan mengapa pelajar UMT mandum berbanding pelajar universiti lain yang setaraf.
Sedangkan bilamana melibatkan program yang bersifat hiburan, kelulusan didahulukan. Masih ingat lagi " Konsert Siti " , anda tahu berapa ribu dihabiskan oleh pihak UMT untuk konsert tersebut ??? RM 90 000..... sikit ke ???? Berapa banyak program lapangan yang boleh dilaksanakan dengan jumlah wang sebanyak itu....????
Kalau anda sebagai mahasiswa yang cakna, pasti anda kan persoalkan “bus stand” yang telah dibina tetapi sejauh mana penggunaanya untuk pelajar menunggu bas. Mungkin “bus stand” hanya pada nama sahaja, tapi fungsinya tiada. Itupun mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Tidak dinafikan ianya telah dibina tetapi setelah siap dibina ianya dijadikan kedai, semacamnya cakap tak serupa bikin.
Bukankah itu suatu pembaziran ? Anda sebagai seorang pelajar harus cakna pada kebajikan anda. 1 persoalan ingin saya lontarkan pada anda yang bergelar mahasiswa UMT, adakah anda selesa dan rasa keselamatan anda terjamin, terutamanya bilamana kita persoalkan tentang jalan "biawak "? Jalan biawak sudah tidak asing lagi dalam kalangan mahasiswa mahupun sekitarnya, kerana pelbagai cerita dan kisah telah tersebar. Contohnya kes rogol, kes curi dan banyak lagi dan yang menjadi mangsanya adalah pelajar UMT sendiri. Pasti anda terkejut bukan? Usah terkejut, ini realiti di UMT, biapun disembunyikan lama-lama pelajar akan tahu juga akhirnya. Jalan ini boleh dikatakan jalan utama untuk pelajar di asrama. Tetapi sejauh mana keselamatan jalan ini dikawal. “ kalau dah tahu jalan biawak, jalan utama para pelajar kenapa tidak diketatkan keselamatannya lagipun kan ramai pelajar yang ada kelas malam” itulah rungutan pelajar di UMT.
Bercakap pula soal kelas malam, kenapa tidak disediakan bas untuk pelajar pada waktu malam. Bukankah keselamatan pelajar perlu didahulukan? Apa guna UMT ada banyak bas tapi bas-bas tersebut tidak digunakan untuk mengangkut mahasiswa pada waktu malam khususnya ???
Ayuh mahasiswa, tentukan hak anda. Mahasiswa perlu cakna dalam apa sekalipun. “Mahasiswa diperbodohkan kemudahan diabaikan”. Inilah kata-kata yang paling tepat untuk dilontarkan. Persoalanya, adakah anda sebagai mahasiswa yang bijak bestari ingin diperlakukan begini? Di mana MPP yang sepatutnya memperjuangkan HAK MAHASISWA dan hak Kita, sedangkan MPP, kitalah yang memilih mereka semasa Pilihan Raya Kampus dulu??? Jadi, apakah peranan kita? Jawapan semuanya pada anda.Pastikan kita memilih pemimpin yang mampu 'Memperjuangkan Hak dan Maruah ' Mahasiswa UMT. Pastikan tahun ini, " Suara Mahasiswa akan menjadi Suara Keramat....
Di atas kesedaran untuk mempertahankan ketinggian martabat budaya ilmu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan demi menjamin suasana demokrasi tulen subur di perbukitan ilmu ini, maka kami mewakili seluruh Mahasiswa yang berdaftar sebagai pelajar Universiti Teknologi Malaysia menuntut 6 atau salah satu daripada perkara berikut dijalankan dan dikuatkuasakan dengan tegas oleh pihak pentadbiran.
1. Menukar nama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).
2. Mewujudkan Majlis Pengenalan Calon.
3. Menuntut agar calon dibolehkan untuk menggunakan motto dan cogankata untuk berkempen.
4. Menuntut agar semua calon yang bertanding dalam PRK diberikan kebebasan untuk berkempen di mana-mana tempat.
5. Menggesa agar calon diberikan kebebasan untuk menghasilkan poster sendiri mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak Urusetia Pemilihan MPM.
6. Pengetua kolej tidak boleh terlibat sama sekali dalam urusan Pilihan Raya Kampus (PRK) dengan erti kata lain, mempengaruhi, mengugut, dan menakut-nakutkan mahasiswa.
Lihatlah dunia! Di saat mahasiswa kampus lain celik dan cakna dengan isu mahasiswa, mahasiswa UMT masih terus lena dibuai mimpi di siang hari...selesa berada di “comfort zone” sehingga tidak peduli suasana di kampus sendiri. Wahai sekalian mahasiswa UMT, bangunlah dari mimpi2, sedarlah bahwa PRK bakal menjelmakan diri..sudahkah berfikir pemimpin yang bagaimana mahu diundi..? Adakah yang hanya tahu berjoli, atau membuncitkan poket sendiri, ataupun yang setia membangun suara siswa dan siswi...? Fikir-fikirkan... Kerana apa yang pasti... Jadikanlah suara kita sebagai suara keramat...
Salam Sejahtera diucapkan kepada semua warga kampus UMT yang telah memulakan sesi semester Dis 09 ini. Diharap dengan berbekalkan semangat Hijrah dapat memperolehi momentum bagi meneruskan kehidupan sabagai warga yang cintakan Ilmu. Semoga dengan azam tahun baru ini dapat membantu kita mencipta sejarah tersendiri - ProMahasiswaUMT
Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) mempertingkatkan kempennya menentang sistem pengundian berkomputer (e-undi) yang digunakan di beberapa kampus universiti awam, terbaru bakal dilaksanakan di Universiti Malaya.
Dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), satu forum bagi membantah sistem tersebut dijadual diadakan di Akademi Pengajian Islam (API) pada 1 Januari ini.
Pensyarah terkenal Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari, wakil rakyat PKR Chang Lih Kang dan exco Persatuan Mahasiswa Islam UM Mohd Shafie Hashim akan membahaskan kontroversi tersebut forum 'E-Undi dan Masa Depan Demokrasi Kampus'
Bercakap kepada Malaysiakini pagi ini, exco MPMUM Mohd Aizat Mohd Salleh berkata forum tersebut merupakan kemuncak program BANTAH menentang sistem e-undi yang akan diperkenal pada pilihan raya kampus tersebut, pertengahan bulan depan.
Blog ini ialah blog mahasiswa UMT yang ingin melihat demokrasi di UMT berjalan lancar. Kepincangan dalam pengurusan pentadbiran oleh Majlis Perwakilan Pelajar sekarang mesti ditangani segera jika kita ingin melihat kepimpinan mahasiswa di universiti ini punyai integriti,kompitensi yang dapat menyaingi pemimpin di Kampus-kampus lain. ( SUARA MAHASISWA SUARA KERAMAT ..... -September 2009)
APAKAH CIRI KEPIMPINAN MAHASISWA UMT YANG ANDA MAHUKAN?
video ProM
Islamic Calendar
Promahasiswa
Yuran!!
2010 tahun Perubahan
Pemberitahuan
Semua tulisan dan berita yang dimuatkan di dalam blog ini adalah laporan dan tulisan beberapa wartawan promahasiswaumt.blogspot. Semua tulisan merupakan pandangan, kritikan dan berita-berita yang diperoleh daripada beberapa sumber. Tidak ada sebarang kepentingan peribadi dalam mewujudkan blog ini. Sebarang maklumat yang ingin disampaikan anda boleh emelkan ke http://promahasiswaumt.blogspot.com/. Terima kasih.
NOTIS HAK CIPTA
SEBARANG PENGAMBILAN MANA-MANA BERITA/ARTIKEL DARIPADA RUANGAN BLOG INI PERLULAH MENDAPAT IZIN DARIPADA PRO-M UMT ATAU MEMBERI KREDIT BAHAWA BERITA/ARTIKEL YANG ANDA AMBIL ADALAH DARIPADA BLOG INI. TERIMA KASIH
aku jatuh hati sekali lagi tapi...
-
internet sederhana laju di bandar memori
kuala terengganu
kembali menyorot kenangan2 lama
arghhh!..aku rindu...
ingatan kembali pada titik aku melintasi la...
Laporan pertandingan Debat Keamanan 2013
-
Laporan Pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden 2013 Pada 28 februari 2013
hingga 3 Mac 2013 yang lalu, satu pertandingan debat keamanan ala presiden
tela...
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
-
To all our fellow Muslim readers, we would like to wish you a Blessed &
Fruitful Ramadhan! May it be a joyous month and insyaAllah, a month of
being ...
Kursus Bakal Pegawai JPAM 2009 Di Alpha Bangi
-
Kursus ini diadakan pada 20-25hb11. 2009 di ALPHA ( Akademi Latihan
Pertahanan Awam) Bangi, Selangor. Pada mulanya kursus ini sepatutnya
diadakan di PUL...