Slot Pengenalan Calon - Pendekatan Positif HEPA UMT

Selasa, 12 Januari 2010






UMT, Kuala Terengganu - Semalam merupakan detik bersejarah demokrasi kampus UMT apabila pihak pentadbiran menganjurkan slot Pengenalan Calon yang telah lama tidak diadakan. ProM UMT menyambut baik aktiviti ini yang memberikan ruang dan peluang kepada calon untuk memperkenalkan diri di khalayak ramai. Di samping itu juga, ianya membuka ruangan kepada mahasiswa/wi untuk mendengar dan melihat bakal pemimpin mereka yang akan mencorakkan suasana di kampus untuk sesi ini. ProM UMT juga difahamkan hanya 27 orang sahaja calon yang menyertai slot Pengenalan ini berbanding jumlah asalnya adalah 32 orang. Daripada sumber yang dipercayai, kami mengenal pasti beberapa calon yang tidak hadir ini adalah terdiri daripada kumpulan yang dikanali dengan AKASIA. Mereka seolah-olah memboikot slot yang dianjurkan oleh HEPA ini dengan beberapa alasan iaitu tidak diberitahu awal , merugikan masa berkempen, mengganggu mahasiswa belajar kerana diadakan di Foyer kafe baru. ( sejak bila pulak AKASIA mementingkan akademik ni?? ) . ProM UMT berpandangan ruangan yang diberikan inilah sepatutnya digunakan dengan sebaik mungkin untuk menonjolkan calon-calon yang berwibawa, petah bercakap, berfakta, berkredibiliti, integriti dan tidak HANYA BERKUALI. Jika akasia meyahut cabaran Prof NC dengan memberikan peluang untuk berucap dan menonjolkan bakat, ( bukan hanya menyanyi dan berimej samseng jer ) , maka mereka juga patut menonjolkan calon-calon mereka di khalayak.( ataupun mereka tidak pandai bercakap??apatah lagi berbuat dan berfikir?? )
ProM UMT mengucapkan selamat berkempen kepada semua calon-calon, Pastikan membawa suara Mahasiswa dan bukan membawa suara pegawai pentadbiran berkepentingan. Ayuh! realisasikan kata-kata keramat 'SUARA MAHASISWA SUARA KERAMAT '

2 ulasan:

TOKGURU86 berkata...

Kenapa yer CGPA layak menjadi calon utk MPP UMT hanya 2.00? Hempeh la MPP UMT yang menang nanti. Bkn dikalangan yang akedemik tp politik semata2. Jangan sampai satu ketika apabila diadakan perjumpaan dengan menteri pengajian tinggi bersama MPP IPT lain, UMT jadi org yang paling hina bila bercakap soal akedemik. hahahaha...

hafizasmadi berkata...

nampak hebat semua...cayalah!!

Catat Ulasan