Fikir dulu sebelum buang

Khamis, 29 April 2010
Akhir-akhir ini banyak sungguh berita tentang pembuangan bayi dilaporkan di dalam akhbar dan televisyen. Rasa pelik bercampur curiga menjengah sebaik sahaja gejala keruntuhan akhlak ini dikaitkan dengan remaja muda-mudi, lebih-lebih lagi MAHASISWA juga turut menari rentak yang sama dengan golongan yang kurang terpelajar.

Bahkan lebih dahsyat lagi, MAHASISWA bertambah "darjat" sehingga dikatakan terlalu sinonim dengan kes KHALWAT dan SEKS LUAR NIKAH.

Nak kata jahil agama,semua pernah ikut kelas berunsurkan agama(TITAS,Hubungan Etnik dll)...(Sekurang-kurangnya hal hukum-hakam pernah disebut)

Apa cerita semua ni???

Sebagai Mahasiswa, sepatutnya kita dapat menilai baik dan buruk perbuatan kita.

Tidak sewajarnya bagi seorang terpelajar ber'dating' di tempat sunyi di Pantai Tok Jembal...



Alangkah malunya bagi seorang pelajar tahun akhir yang menguncikan makmal untuk berdua-duan lelaki dan perempuan di dalamnya..(Adakah budaya ini yang akan dibawa ke alam pekerjaan)

Sungguh kesian bagi ANAK kepada ayah dan emak yang sungguh asyik berseloroh dengan pasangannya di dalam kereta kancil bernombor plat DAX **** di tepi jalan-jalan gelap. Mungkin keluarganya sedang bertepuk tangan jika dapat melihat apa yang sedang dilakukan. Bertuah sungguh mak ayah dapat anak macam ni...

Kami dari desktop Barisan Pendokong PROMAHASISWA merayu pada anda semua Mahasiswa UMT untuk bersikap rasional dalam memilih tindakan apa yang anda hendak lakukan.Nilailah dari sudut agama dan norma hidup.

Kami berserta penduduk UMT tidak lagi sanggup mendengar ada lagi Mahasiswa ditangkap di tandas-tandas sekitar kampus.

Kami juga tidak lagi tegar mendengar kejadian sama berlaku di bilik kolej kediaman(Kalau nak bagi tahu,panjang ceritanya)

Kami amat-amat berharap kejadian buang bayi tidak akan sama sekali terjadi di Universiti yang kita sama-sama cintai.

Apalah maknanya Bangunan Pusat Kegiatan Pelajar siap dibina, jika itu menjadi tempat bayi yang tidak bersalah dibuang terjelepuk.

Apakah kita mahu menerima hakikat bahawa Pusat Kesihatan Pelajar bakal menerima barisan pesakit yang mahu melepaskan 'dosa'nya di situ.



Jangan....
Tolonglah Jangan....
Tolonglah Jangan Buat....
Jangan sesekali.....

Bayi di bawah bukannya sengaja tidur di situ.



Anda tidak akan senang dengan DOSA ini sepanjang hidup anda.Ini buka masalah buang sampah di merata tempat. Ini bukan hal main-main. Kalau kita tidak cakna, masyarakat kita merudum nilai harganya seperti sampah. Sedangkan kucing pun sayangkan anaknya. Inikan manusia yang ada aqal.Fikir-fikirkanlah...

0 ulasan:

Catat Ulasan