MPP Komited Tunaikan Janji Manifesto

Isnin, 25 Januari 2010


Kuala Terengganu- MPP baru ini dikhabarkan bersiap sedia untuk memenuhi beberapa janji manifesto, menurut jurucakap MPP UMT mengesahkan pagi tadi,sekarang merupakan fasa untuk menunaikan janji-janji manifesto yang telah dijanjikan semasa proses pilihanraya lalu.Menurut beliau lagi, segala janji manifesto tersebut akan dilaksanakan berfasa dan beransur-ansur mengikut keperluan dan keterbatasan kewangan.Sebelum mengakhiri perbualan tadi, beliau mewakili MPP baru berharap mahasiswa akan terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada kepimpinan MPP baru demi kesejahteraan bersama-

- Suara Mahasiswa Suara Keramat-

Pro-M Mendesak Aspirasi Jawab....!!!!



Tahniah Pro-M UIAM

Jumaat, 22 Januari 2010
Kami Pro-M UMT mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan Pro-M UIAM. Teruskan perjuangan, tingkatkan Dakwah dan Penerangan......

-Suara Mahasiswa Suara Keramat -

Tahniah Kepada Pro Mahasiswa

Isnin, 18 Januari 2010

UMT, Isnin- Gabungan Pro Mahasiswa UMT memenangi 11 dari 12 kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya Kampus bagi sesi 2009/10. Satu Kerusi dimenangi oleh calon Akasia melalui kerusi umum.

Pengumuman calon yang menang disempurnakan oleh TNC HEPA, Prof Dr Yahya di Dewan Sultan Mizan (DSM) pada pukul 7.30 malam. Ini adalah kemenangan yang besar bagi mahasiswa kerana kali pertama PRK diadakan secara besar-besaran dan yang paling telus setakat ini.

Bagi menggalakkan mahasiswa turun mengundi pihak HEPA menaikkan beberapa banner dan banyak bunting bagi meningkatkan kesedaran kepada mahasiswa bahawa kepentingan untuk memilih pemimpin mereka. Ditambah lagi dengan cabutan nombor bertuah. Mahasiswa yang membuang undi akan mendapat nombor cabutan bertuah dan cabutan diadakan semasa pengumuman calon yang menang. Hadiah berupa 10 buah basikal dan lebih kurang 50 hamper disediakan untuk siapa yang bertuah.

Ini adalah tindakan yang baik daripada pihak Hepa bagi menggalakkan mahasiswa UMT melibatkan diri dalam politik kampus UMT yang kian suram dan muram kebelakangan ini. Pro-M menerima respon yang positif daripada mahasiswa UMT tentang suasana politik yang baru dibina oleh pihak pentadbir.

Pengumuman calon yang menang juga disaksikan oleh NC, Yg Bhg. Prof Dr Aziz Deraman.

-SUARA MAHASISWA SUARA KERAMAT-

Terima Kasih Mahasiswa & Mahasiswi UMT

Kuala Terengganu, 18 Januari 2010 - Pro-M UMT ingin merakamkan ucapan RIBUAN TERIMA KASIH kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang telah menyokong dan mengundi calon-calon kami. Segala kepercayaan yang anda berikan kepada kami akan kami pergunakan sebaik mungkin untuk mendaulatkan Suara Mahasiswa sebagai Suara Keramat.

Barisan Kabinet baru MPP akan dibentuk secepat mungkin selepas mendapat perkenan TNC HEPA. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan, ide dan kritikan yang kritis untuk kami gembelengkan bersama demi memartabatkan mahasiswa dan mahasiswi.

Kami menyeru kepada semua mahawiswa dan mahasiswi untuk bersama kami ( kabinet baru MPP) di dalam mencorakkan perjalanan MPP 2010-2011. Kepada mana-mana mahasiswa/wi yang ingin bersama kami, sila berikan nama dan phone anda kepada kami untuk kami hubungi anda sebagai ajk kami.

Terima kasih sekali lagi.

Suara Mahasiswa Suara Keramat

Tahniah Kepada Calon Yang menang

Duduk dari kanan : Khairillah, Zhafri, Firdaus, Fatin Fatma, Athifah, Qairunnisak
Berdiri dari kanan : Sufian, Ang Syh Han, Solleh, Syukriah, Asma, Rafidah

Pro-M UMT mengucapkan tahniah kepada calon yang menang dan akan memegang tampuk kepimpinan bagi sesi 2009/10.

Tahniah Pro-M, Selamat membentuk Kabinet

Ahad, 17 Januari 2010
Alhamdulillah.... Pro-M telah berjaya memenangi PRK Kampus UMT dengan mendapat simple majoriti. Kami difahamkan bahawa, kumpulan Akasia hanya memenangi 1 kerusi sahaja melalui calon mereka Rio.... Tahniah Rio... selamat berkerjasama dengan kami..... Semoga Rio tidak akan merosakkan amanah yang diberikan oleh Mahasiswa kepadanya....

Insyallah, Pro-M akan bermesyuarat untuk membentuk kabinet baru secepat mungkin. Doakan segalanya berjalan dengan mudah dan tersusun....

Terima kasih Mahasiswa/wi UMT kerana memberikan kami kepercayaan untuk membentuk MPP baru bagi tahun 2010-2011.

Semoga Kemenangan Pro-M di Kampus UMT menjadi titik kemenangan Pro-M di kampus lain... Selamat berjuang sahabat-sahabat Pro-M di semua Kampus....

Semoga SUara Mahasiawa akan menjadi suara Keramat..... untuk kampus UMT....

Pro-M Sedang Mendahului

Alhamdulillah, proses pengundian PRK UMT telah selamat dilakukan pada hari ini. Proses pengundian di tutu pada jam 5.30 petang setelah dimulakan lewat 1/2 jam dari masa yang sepatutnya. Tahniah kepada mahasiswa UMT kerana lebih daripada 50 % mahasiswa yang telah turun menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pimpinan MPP 2010.

Sehingga petang tadi, kami difahamkan calon Pro-M sedang mendahului dengan 4 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Kami akan update sesegera yang mungkin keputusan terkini yang akan diperolehi sebentar sahaja lagi....

Tahniah kepada yang menang......

Pilihlah Pemimpin Berwibawa

Sabtu, 16 Januari 2010

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Esok ialah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga Umt iaitu hari pemilihan MPP yang akan diadakan di Dewan Sultan Mizan (DSM)`bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pilihan terletak ditangan anda. Pilihlah calon yang berwibawa yang dapat membangun martabat mahasiswa sebagai insan yang dissegani masyarakat.

Ayuh! Turunlah mengundi. Lakukan tanggungjawab anda.

Selamat mengundi!

Calon ProM sedang dan akan di TEKAN

Kami di blog ProM mendapat makluman bahawa calon2 yang pro kepada ProM akan terus disabotaj dan ditekan. Hari ini telah berlaku beberapa kejadian seperti yang dimaksudkan telah dikenakan kepada calon2 yang pro kepada ProM.

Moderator berpesan kepada calon2 ProM supaya berhati2 dengan pihak musuh untuk sehari sahaja lagi.... Semoga kemenangan diberikan ALLAH kepada kita semua.....

Kepada anda kumpulan Akasia.... bertindak matanglah sebagai Mahasiswa.... jangan jadi seperti kumpulan samseng dan AhLong yang suka mengugut...... Ingat....kita semua sekarang ni berada di UNIVERSITI....

- Suara Mahasiswa SUara Keramat - Pastikan anda mengundi calon2 ProM kami....

Pro-M : Sabotaj poster adalah tindakan pengecut

Khamis, 14 Januari 2010
UMT, Khamis- Pagi ini warga UMT dikejutkan apabila kebanyakan poster calon yang bertanding disabotaj. Kebanyakan poster dikerat tali dan bertaburan di kali lima fakulti dan dewan-dewan kuliah. Walaupun begitu, ada poster calon tertentu dinaikkan atas poster yang disabotaj.

Keghairahan Mahasiswa UMT yang ingin melihat pilihanraya kampus (PRK) tumbuh subur di kampus dicemari oleh tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Ini akan menjadikan suasana PRK suram dan muram seperti tahun-tahun lepas yang mana siswa-siswi tidak berminat untuk melibatkan diri keranatidak mampu hendak melawan pihak tertentu seperti HEPA dan lain-lain lagi.

Pro-M UMT telah membuat pemerhatian dan mendapati bahawa modus operandi yang digunakan ke atas poster semalam adalah ada kaitan dengan kes bendera pas yang tergantung di tiang kenyataan dalam asrama pada minggu lepas. Pro-M telah mendapat e-mail daripada
student UMT yang prihatin (baca di sini).Ia juga juga berkait dengan orang luar dengan kerjasama dengan orang dalam.

Pro-M mengutuk tindakan sesetengah pihak yang sabotaj dan merosakkan poster calon yang bertanding. Ia tidak menepatidengan nilai-nilai yang mahu diterapkan oleh demokrasi dan amat jauh sekali dengan nilai keintelektualan mahasiswa. Bertindaklahdengan bijak sesuai dengan taraf mahasiswa universiti.

Tarikh membuang undi ialah pada 17 Januari 2010, Ahad di dewan Sultan Mizan (DSM).

Poster putus angkara pihak yang tidak bertanggungjawab di FST

Poster kawasan Komplek Kuliah


Kawasan FASM

Senarai calon yang bertanding

Calon Umum


1. Nurul Aimi Rusmadi

2. Nur Atiqah Arifin

3. Nur Athifah Abd Karim
4. Nurul Fatin Fatma Ali

5. Chai Ping Kang
6. Beh Sy Harn
Calon FST


1. Nurul Asma Sukri

2. Syukriah Mohamad
Calon FASM

1. Mohd Solleh bin Majid


2. Qairunnisak Ismail

3. Rohaniza Che Muza

4. Nazirah
Calon FPE


1. Nur Azhana Bt Ahmad

2. Mohd Sufian Mohd Shadzaly

3. Ang Syh Han

Senarai Calon Yang Bertanding. Yang Mana satu idaman Kalbu....

Calon Umum

1. Nurul Aimi Rusmadi
2. Nur Atiqah Arifin
3. Nur Athifah Abd Karim
4. Nurul Fatin Fatma Ali
5. Chai Ping Kang
6. Beh Sy Harn
7. Vasugi


Calon FST

1. Nurul Asma Sukri
2. Syukriah Mohamad
3. Purnima Kadarasen


Calon FASM

1. Mohd Solleh bin Majid
2. Qairunnisak Ismail
3. Rohaniza Che Muza
4. Nazirah



Calon FPE

1. Nur Azhana Bt Ahmad
2. Mohd Sufian Mohd Shadzaly
3. Ang Syh Han



Calon FMSM

1. Khaililah
2. Rafidah Rosli
3. Raihah Sarip

Perang Poster Bermula.... Gambar menarik....

Rabu, 13 Januari 2010










Perang Poster Bermula

UMT, Rabu- Setelah empat hari berkempen kelihatan poster-poster calon yang bertanding telah dinaikkan. Warna yang berbeza mawakili kerusi yang berbeza iaitu kerusi umum dan fakulti. Setakat ini perjalanan pemilihan MPP atau PRK berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Pro-M harap keadaan begini akan kekal hingga ke hari membuang undi.





gambar-gambar penamaan calon UMT

Selasa, 12 Januari 2010







Forum E-Undi, Kebebasan mahasiswa dicabuli.

Posted on January 4, 2010 by promusm

Sudut pidato atau biasa kita sebut speaker corner adalah pentas bagi mahasiswa mengasah bakat berucap dan menggalakkan perbincangan intelektual. Ketika Anwar Ibrahim memimpin Persatuan Bahasa Melayu (PBMUM) di UM, anwar memanfaatkan sepenuhnya speaker corner ini untuk menyampaikan idea dan gagasan beliau. Apa yang penting di sini ialah, sebuah kepimpinan mahasiswa yang ada ideologi tersendiri terbentuk bila mahasiswa diberikan hak untuk bersuara, merasakan bebas untuk berfikir dan melontarkan idea serta tidak takut untuk berbeza pandangan.

Sebaik demonstrasi baling yang digerakkan mahasiswa, pihak kerajaan telah meminda AUKU pada 1975, dan antara kesan dari pindaan itu, speaker corner telah diharamkan. Pindaan ini telah mematikan gerakan mahasiswa di kampus. Hasil desakan dan kritikan berterusan, kerajaan sekali lagi meminda akta ini, speaker corner kembali dibenarkan di universiti. 30hb Disember yang lepas, Dato’ Saifuddin Abdullah, Timb. Menteri KPT berkata sejajar dengan pindaan ini, speaker corner akan kembali diwujudkan dalam usaha menjana nilai keintelektualan mahasiswa. Dato’ Saifuddin pun mengakui dalam 8 teras kokurikulum universiti, pengucapan awam berada di tangga paling bawah kini.

Namun keseriusan dan ketelusan kerajaan atau KPT dalam usaha ini masih diragui. Apa yang terjadi kepada forum e-voting di UM baru-baru ini sebagai contoh tidak menggambarkan hak dan suara mahasiswa dihormati. Mahasiswa yang menganjurkan forum itu hanya mahu mewacanakan perlaksanaan E-Voting secara akademik dan profesional, ia adalah sebuah wacana intelek yang amat berguna untuk mahasiswa, mengapa perlu diberikan tekanan?

Pada forum tersebut, Pengerusi ProM Nasional, Sdr Mohamad Shafie Hashim berkata,

“Mahasiswa tidak membantah sistem perlaksanaan e-undi, kerana kita tidak mampu untuk membahas tentang perisian dan kita tidak memiliki kepakaran. Yang kita persoalkan adalah intergriti sistem tersebut.”




Ketua ProM USM, Sdr Muhammad Hanif Alias apabila diminta komen berkenaan sistem e-undi dan apa yang berlaku di UM berkata,

“Saya merasakan apabila mereka mempersoalkan e-undi, bukan bermaksud menolak kemajuan, atau membantah tanpa asas, tetapi asas bantahan mereka ialah mempertahankan nilai ketelusan kerana ia nilai yang paling penting bagi manusia, lebih-lebih lagi mahasiswa.”

“Bagi saya, mereka mengambil langkah bijak dan professional apabila menganjurkan forum tersebut kerana mereka cuba menyampaikan pandangan mereka secara intelek, dan berhemah. Tiada sebab bagi saya forum itu disekat.”

Tekanan yang diterima Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) selaku penganjur forum itu memaksa forum itu diadakan di koridor dewan syarahan API UM, tekanan yang sama juga menyebabkan salah seorang panel, Prof Abdul Aziz Bari menarik diri. Jika wacana ilmiah sebegini ditekan, maka apakah mahasiswa pada hari ini tiada hak dalam berfikir dan berbincang? Maka kualiti mahasiswa yang bagaimana ingin memimpin negara?

Tidak wajar kepentingan politik mengotori atau mengganggu perkembangan idea dan pemikiran mahasiswa. Sebagai kelompok intelek, mahasiswa sepatutnya dibiasakan dengan isu-isu semasa dan ditajamkan pemikiran kerana mahasiswalah pelapis kepimpinan negara. Apa yang dibimbangi, tekanan dan larangan seumpama ini akan menjejaskan kualiti dan daya kepimpinan mahasiswa itu sendiri.

Apabila ditanya isu e-undi ini di usm, Sdr. Hanif berkata, tiada ura-ura sistem ini akan dilaksanakan di usm, dan pihak ProM mengharapkan andai ada apa-apa cadangan melaksanakan sistem ini di usm, pihak universiti mengambil kira dahulu pandangan mahasiswa.

Komentar ProMahasiswa UMT:

Macamana dengan UMT, Adil ke kaedah pengundian e-Undi ni....