SURAT KEPADA PRO-M: BTN SERANG UMT?

Sabtu, 9 Januari 2010









Beberapa hari yang lepas, saya bersama keluarga tersayang keluar menikmati makan malam di sebuah restoran di sekitar UMT. Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba mata saya terpandang ke arah suatu sudut di restoran tersebut. Seorang mantan MPP UMT (yang baru dibubarkan pada 4 hb Januari 2010 yang lalu) sedang ralit berbincang dengan seorang pegawai Biro Tata Negara (BTN).

Bagaimana saya dengan yakin mengatakan bahawa beliau (mantan MPP UMT) sedang berbincang dengan pegawai BTN? Nah, pegawai BTN tersebut saya kenali kerana pernah mengikuti kursus di bawah kelolaan BTN tidak berapa lama dahulu (di mana dan bila tidak perlulah saya dedahkan di sini.) Tidak mungkin saya tersilap cam, kerana saya sudah lama berkhidmat di bumi UMT ini. Saya senang mengecam setiap orang bahkan staf bukan sokongan pun saya cam majoriti wajahnya samada baru apatah lagi. Beberapa figure utama student pun saya kenal sepertimana saya kenal x-MPP yang dinyatakan di atas.

Timbul pertanyaan demi pertanyaan nakal di benak saya, “ Apa yang mereka bincangkan? Kenapa pegawai BTN tersebut tiba-tiba mencemar duli datang ke UMT? Adakah kerana hubungan mereka berdua yang sangat baik, ataupun adakah kerana PRK yang sudah bermula? “ Namun begitu, saya hanya membiarkan pertanyaan-pertanyaan itu berlalu, dan terus menumpukan perhatian kepada makan malam saya bersama keluarga.

Keesokan harinya,

Saya dikejutkan dengan bendera bulan yang tergantung di surau kampus. Rakan sejawat yang memaklumkan perkara itu kepada saya. Terlintas sesuatu di fikiran saya,

“kenapa mesti sekarang isu ini dibangkitkan? Adakah hal ini ada kaitan dengan kedatangan pegawai BTN yang saya lihat malam tadi? “. Saya cuba merisik khabar kawan2 di HEPA mengenai kedatangan pegawai BTN tersebut , namun pertanyaan saya hanya dijawab “ private and confidential...”.


Belum reda isu bendera bulan tergantung di surau, timbul pula isu bendera bulan digantung di kawasan asrama. Yang menghairankan saya, bendera tersebut digantung betul-betul berhadapan dengan pondok pengawal, mustahil pengawal tidak ternampak dalang yang menggantungkan bendera tersebut. Siapa gerangan yang ingin membawa masuk isu politik di dalam UMT ini? Bagi saya, biarlah para pelajar sendiri menentukan halatuju mereka di sini. Sudah lama saya tidak melihat pelajar yang berkepimpinan menerajui MPP. Yan ada sekadar 'boneka' kawan2 saya di HEPA sahaja... Kalau kita tidak mahu Pembangkang masuk Kampus kita.... lebih baik BTN juga tidak masuk Kampus kita..... Biarkan pelajar dengan pemilihan mereka. Hal ini bisa saja menimbulkan kekacauan pada PRK nanti.


Tujuan saya menulis adalah untuk melahirkan isi hati saya. Saya sendiri pun tak kenal sapa Pro-M namun saya amat berharap PRO-M dapat menyiasat perkara yang sebenar supaya Pilihanraya pelajar pada kali ini adalah bersih dan demokrasi....

.

Yang Benar,

Warga Senior UMT yang Prihatin

0 ulasan:

Catat Ulasan