Selamat Pulang Ke Kampung halaman

Khamis, 15 April 2010


Nampaknya sudah ramai mahasiswa beranjak pulang meninggalkan UMT. Kesunyian di asrama sudah terasa di mana ramai mengusung beg-beg besar keluar dengan riak muka yang begitu gembira. Mungkin bercampur dengan istilah MERDEKA yang digunakan untuk menandakan habisnya peperiksaan akhir ataupun gembira teramat sangat dek kerana hendak pulang berjumapa ayah dan emak di rumah. Alhamdulillah, MPP UMT dengan kebersediaan pihak pentadbiran dapat melangsungkan lagi program kebajikan untuk mahasiswa UMT dengan menyediakan perkhidmatan bas berulang-alik ke stesen bas di Kuala Terengganu.Untuk makluman perkhidmatan bas ke sana bermula pada hari ini iaitu 15 April dan akan berlanjutan mengikut keperluan semasa.

Penghuni asrama adalah golongan yang dapat merasai suasana sebenar di UMT. Segala program,majlis dan peristiwa yang berlaku di UMT,penghuni asrama lah yang mengetahuinya paling awal dan juga dapat merasainya sendiri. Tambahan pula, boleh dikatakan kehidupan di asrama agak mewah dan menyeronokkan. Segala kemudahan disediakan dengan baik serta memudahkan urusan. Walaupun terdapat perbandingan yang boleh dibuat antara asrama- asrama yang ada di UMT dari sudut kemudahan dengan perbezaan nisbah harga yang ada.Menginap di asrama adalah antara pilihan yang utama. Baru-baru ini telah dikeluarkan senarai nama pemohon-pemohon yang layak menduduki asrama. Ada yang dapat dan juga ada yang kurang bernasib baik. Bagi yang tidak layak,anda masih mempunyai peluang untuk tinggal di asrama. Borang rayuan disediakan.

Terdapat banyak kriteria yang memboleh mahasiswa layak untuk tinggal di asrama. Antaranya, keterlibatan dalam ko-kurikulum, pasukan beruniform, aktiviti sukan, kegiatan sosial dan lain-lain lagi. Jelaslah bahawa untuk tinggal di asrama, mahasiswa perlu AKTIF. Bagi yang sudah aktif tetapi tidak juga mendapat peluang tinggal di asrama. Bersabarlah... mungkin ada sebab anda diminta untuk tinggal di luar.

0 ulasan:

Catat Komen