| Nota kepada mahasiswa  | 
| Ali Bukhari Amir
 | 
| Saudara-saudari yang dirahmati..   perhatikan tiga kalimat ini.. Keberanian, Kejujuran, dan Kebijaksanaan. Jika   gabungan ketiga-tiga kalimat dan ungkapan ini akan selalu hidup bernafas dan   menyala dalam hati sanubari kita, ia tentulah dapat mengembang keyakinan   untuk terus hidup bernyawa dengan merdeka dalam memperjuang demokrasi   universiti.  Sejak sekian lama, hidup kita   diburu ketakutan. Masalahnya sekarang, bukanlah tiada orang yang cerdik dan   bijaksana antara kita. Tapi, kebijaksanaan itu tidak didokongi oleh   keberanian. Kalau ada kebijaksanaan yang didokongi keberanian, maka sifar   kejujuran itu atau penyakit sifar keikhlasan itu akan membunuh perjuangan itu   sendiri.  Oleh itu, berwaspadalah agar   sentiasa wujud dalam diri kita nilai-nilai seperti ini. Sesiapa sahaja yang   memiliki ketiga-tiga nilai seperti ini, maka dia tidak mudah ditipu,   disesatkan oleh sesiapa, insya Allah. Isu selanjutnya yang harus dibicarakan   selepas ini ialah..  Bagaimanakah cara kita mendapatkan   sifat-sifat seperti ini, dan bagaimanakah kita mahu mencipta, memunculkan   sosok-sosok mahasiswa sekali gus mencetak watak-watak yang unggul sebegini?  Barangkali.. jawapan yang   saudara-saudara temukan dalam nota ini tidaklah tepat. Tetapi, ia   setidak-tidaknya ia bolehlah menjadi sandaran dan rujukan untuk mencapai satu   fikiran yang lain pula, insya Allah. Apa yang saya ingin cadangkan ialah..  Persekitaran demokrasi yang sihat
 Catatan nota ini menyandarkan   harapannya kepada pelajar sebagai golongan yang paling ramai untuk menggalas   perubahan tersebut. Persekitaran demokrasi yang sihat, juga sifat autonomi   universiti yang unggul akan dapat melahirkan 'nabi-nabi dan rasul-rasul'   pilihan di dalam universiti kita pada hari ini.  Sejarah membuktikan bagaimana   sunnatullah telah bertindak dalam hal begini. Tarbiyyah akliah berlaku secara   falsafah ketika Nabi Ibrahim a.s mencari Tuhan semasa kecilnya di dalam   sebuah gua. Baginda tersasar sehingga menyangka bintang-bintang cakerawala   dan bulan matahari sebagai Tuhan pada awalnya.  Tapi, tanpa campurtangan sesiapa   pun, akhirnya Ibrahim a.s telah menemui jalan Tauhid! Sunnatullah terus   menjalankan misi tarbiyahnya dengan meletakkan anak baginda, Ismail a.s di   sebuah tanah tandus yang langsung sifar daripada medan peperangan,   percekcokan, dan pergeseran antara Rom dan Parsi.  Tiada lagi fahaman ideologi   bertapak dan bertunas di lembah tandus itu melainkan ajaran Tauhid, warisan   ajaran Ibrahim a.s itulah yang diamalkan mereka, melainkan sedikit dari   kalangan mereka yang telah disesatkan.  Ketika ajaran Tauhid masih   terpelihara di balik tulang sulbi nenek moyang Muhammad s.a.w sehinggalah   kepada Ismail a.s, umat Yahudi telah tersesat oleh pelbagai ujian yang   terperangkap oleh pelbagai tamadun, kaum dan bangsa luar yang liar   falsafahnya.  Pertembungan dengan tamadun Mesir   misalnya, pertembungan dengan amalan Fir'aun contohnya telah menyebabkan   mereka kembali berputar daripada ajaran Tauhid Ibrahim a.s. Demikian kuatnya   keinginan kepada sembahan kaum Fir'aun ini, sehinggakan kisah ini kerap   disebut-sebutkan di dalam al-Quran.  Dan Kami bawakan Bani Israil ke   sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang   menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil)   berkata: "Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala)   sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan." Nabi Musa menjawab:   "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.  "Sesungguhnya mereka   (penyembah-penyembah berhala itu), akan dihancurkan apa yang mereka berada di   dalamnya (dari perbuatan syirik), dan tetaplah salahnya apa yang mereka   kerjakan itu".  Nabi Musa berkata lagi:   "Patutkah aku mencari tuhan untuk kamu selain daripada Allah, padahal Ia   telah melebihkan kamu atas sekalian manusia (yang sezaman dengan kamu, dengan   berbagai nikmat yang telah dikurniakanNya kepada kamu)?" [al-A'raaf: 138, 138, 140]  Beza bangsa Arab dan bangsa Yahudi
 Sedangkan bangsa Yahudi telah   tercemar oleh segala bangsa-bangsa yang pernah mereka temui. Lihat kedegilan   Yahudi. Walaupun Yahudi terbebas dari lembah sengsara jajahan Fir'aun, namun   setelah menyeberangi Laut Merah, mereka masih tetap setia menyembah apa-apa   yang disembah oleh penjajah mereka; Fir'aun.  Tapi, di tanah tandus di mana Nabi   Ismail diletakkan, hanya nenek moyang Muhammad s.a.w yang masih setia   berkiblatkan kepada ajaran Nabi Ibrahim dan selebihnya pemuka Quraisy yang   tersasar menyembah selain daripada Allah s.w.t.  Namun, kekuasaan ajaran Tauhid   mengatasi ajaran sembahan berhala kerana pemegang kunci Kaabah masih berada   di dalam genggaman warisan jurai keturunan nenek moyang Nabi Muhammad s.a.w.  Ekoran itulah program tarbiyah   sunnatullah ke atas bangsa Yahudi bermula lagi dengan cara Tuhan mengepung   mereka di Padang Teh selama 40 tahun supaya generasi sembah berhala itu   digantikan dengan generasi Tauhid.  Ibnu Khaldun lewat Mukadimahnya   menyebutkan bahawa adapun tujuan bangsa Yahudi itu diletakkan dalam keadaan   sebegitu (40 tahun di Padang Teh) adalah supaya tidak akan terjadinya   percampuran ajaran Tauhid dengan sembahan berhala oleh segala bangsa.  Akhirnya, program terawal ke atas   Nabi Ibrahim ketika kecilnya, iaitu pengasingan tubuh dan jiwa di sebuah gua,   diterapkan ke atas Ismail dan ibunya Siti Hajar di padang pasir di antara   Safa dan Marwah, juga diterapkan ke atas bangsa Yahudi di Padang Teh.  Pengasingan demi pengasingan ini   bertujuan melahirkan kekuatan-kekuatan, tenaga baru untuk memelihara akar   tunjang Tauhid yang berkekalan sehingga ke negara akhirat.  Tiba masanya IPT 'diasingkan'   daripada campurtangan politik!
 Yang rugi akhirnya adalah umat,   rakyat dan masyarakat sekeliling universiti sendiri.  Saudara-saudari yang dikasihi.  Maka, sekali lagi, coretan ini   berwasiat kepada anda terhadap tiga nilai-nilai universal ini; Kebijaksanaan,   Kejujuran dan Keberanian. Ketiga-tiga kunci ini akan membolehkan anda semua   mendapatkan kunci teragung iaitu menjelmakan Kebenaran.  Hanya bermodalkan Kebenaran, maka   cita-cita teragung kita untuk mencetak masyarakat yang adil akan tercapai.  Ini kerana, Keadilan akan tercapai   apabilan Kebenaran mula terzahir!  | 
 
 



 
 
 
 
 
 
 
