
Umum sudah mengetahui bahawa pada Pilihanraya Kampus di UMT telah menggunapakai sistem E-Voting dalam menentukan pemilihan kepimpinan yang baru dan sekaligus tidak lagi mengunakan undian secara kertas undi. Tetapi sesi kali ini beberapa Universiti akan mengunapakai sistem ini.
Dek kerana isu inilah, ditubuhkan Gerakan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) yang dipelopori oleh beberapa badan termasuklah NGO bagi mengekang dan menjadi suatu pertubuhan untuk menjamin ketelusan dan keadilan di dalam Pilihanraya Kampus di seluruh universiti tempatan di Malaysia.
Beberapa langkah telah diambil oleh Pihak BANTAH di dalam menjamin ketelusan di dalam pilihanraya kampus akan datang di antaranya ialah menghantar Memorundum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Khalid Nordin, tinjauan terhadap mahasiswa tentang E-Voting dan siri-siri penerangan kepada mahasiswa berkenaan dengan sistem baru ini.
Beberapa siri penjelajahan telah bermula di peringkat awal lagi sehinggalah merangkak masuk ke Bangunan Parlimen bagi menyatakan pendirian mahasiswa kepada Ahli Parlimen Malaysia bahawa mahasiswa tidak mahu sebarang bentuk ketidakadilan di dalam Demokrasi Kampus pada sesi kali ini.
1 ulasan:
Get ready for your certification exams with ExamCollection.us! Our extensive collection of exam dumps, study guides, and practice tests helps you ace your exams effortlessly. Stay ahead of the competition with up-to-date, real-world questions. With https://www.examcollection.us/, you’re not just studying—you’re preparing for success. Achieve your certification goals and boost your career with reliable resources today!
Catat Ulasan