IPT digalak wujud sudut pidato untuk penuntut

Khamis, 31 Disember 2009

KUALA LUMPUR 30 Dis. — Kementerian Pengajian Tinggi menggalakkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara mewujudkan satu sudut pidato khas di universiti masing-masing bagi merancakkan aktiviti pengucapan awam dan debat di kalangan penuntut.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, IPT bebas untuk memilih format sudut pidato yang dirasakan sesuai, tetapi ia perlu melalui rundingan dan persetujuan antara pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) terlebih dahulu.

Beliau berkata, ia tidak semestinya mengikut acuan seperti ”Speaker”s Corner” yang pernah diwujudkan di hadapan perpustakaan Universiti Malaya sekitar tahun 1960-an dan 70-an.

"Yang penting ialah sudut pidato ini sebagai satu platform yang tidak formal bagi penuntut untuk meluahkan pemikiran dan pandangan mereka tentang sesuatu isu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyaksikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2009 di sini

KOMENTAR PromUMT

- Alhamdulillah Prom UMT menyokong penuh kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyarankan pewujudan sudut pidato khas untuk mahasiswa di setiap IPT di Negara ini untuk mengembangkan bakat dan merancakkan aktiviti pengucapan awam. Semoga saranan ini diambil perhatian oleh pihak pentadbiran UMT dan dibuat dengan mewujudkan sudut pidato ini di kampus.Diharap dengan mewujudkan sudut ini dapat melahirkan lebih ramai pemimpin mahasiswa yang lebih berintegriti dan berkredibiliti.

· SUARA MAHASISWA SUARA KERAMAT .

1 ulasan:

Frederick berkata...

Ensure your garage door stays in top shape with Fixngotx's expert maintenance services. We provide thorough inspections, lubrication, and tune-ups to enhance performance, prevent costly repairs, and extend the lifespan of your door. fixngotx garage door maintenance Whether it's a minor adjustment or a full-service check, trust us to keep your garage door operating smoothly and safely. Contact Fixngotx today for reliable, professional service!

Catat Ulasan