Khamis, 31 Disember 2009

Pemimpin siswi tampil persoal isu keselamatan,

· UMT, 30 disember | Selepas berlakunya pencerobohan bilik siswi blok Ibnu Jarir ataupun lebih dikenali sebagai blok IJ. Ramai pelajar siswi tampil mempersoal isu keselamatan.

· Keselamatan kita (siswi) kian longgar. Mengapa Pihak bertanggungjawab tidak serius memandang isu ini? Adakah kita (UMT) menunggu kejadian yang lebih teruk dan mengaibkan berlaku, baru bertindak? Bilangan kita (mahasiswi) semakin bertambah. Jika mereka (pihak Keselamatan UMT) tidak mengambil tindakan yang sepatutnya, kebarangkalian siswi kolej keluar dan tinggal di luar kolej akan menjadi tinggi sebab tiada bezanya tinggal di ‘dalam’ dan ‘luar’,” tegas seorang pelajar siswi tahun akhir yang tidak mahu namanya didedahkan..

Isu keselamatan pelajar terutama siswi semakin rancak diperkatakan. Jika diperhatikan UMT sendiri tiada sistem keselamatan yang baik. Terutama j"alan biawak", yang juga merupakan jalan utama para pelajar ( siswa mahupun siswi). Isu ini bukanlah isu lapuk, tetapi isu yang sudah lama di utarakan tetapi tiada tindakan wajar yang diambil, bahkan MPP yang kita anggap sebagai pemimpin kita pun tidak pernah HIRAU kepada masalah yang telah berlanjutan itu. Malah disembunyikan lagi daripada pengetahuan pelajar tentang kes-kes yang berlaku terutama kes rogol di jalan biawak, kes pecah masuk, kes gangguan seksual dan kalau hendak dikira memang banyak kes-kes begini berlaku. Untuk apa disembunyikan? Malu? Untuk apa disembunyikan jika ianya realiti.

Ramai pelajar siswi merasa kesal dengan pihak yang bertanggungjawab kerana ramai pegawai/penyelia lelaki yang masih bebas keluar masuk atas alasan untuk membaiki. Ini menambahkan lagi ketidakselesaan siswi yang berlegar di kawasan dikawasan bilik. Mereka masuk tanpa memberi sebarang pengumuman. Apa guna penyelia perempuan di setiap blok jika hal sebegini tidak dapat di atasi? Soalnya lagi.

Tidak dinafikan pihak berwajib telah meletakkan papan larangan di asrama siswi. Tetapi jika hanya sekadar letak tanpa sebarang tindakan atau penguatkuasaan ianya adalah retorik semata-mata. Papan tanda sekadar papan tanda ... bahkan ada di kalangan MPP siswa yang mengambil kesempatan di atas title mereka sebagai MPP untuk 'dating' di kawasan larangan... Inikah pemimpin yang kita perlukan...???

Begitu juga etika yang ditetapkan oleh pihak berwajib, ianya sekadar retorik semata-mata. Antara etika yang ditetakan ialah “Pelajar lelaki dilarang sama sekali berada berhampiran mana-mana blok asrama siswi” tetapi apa yang diperhatikan makin ramai yang lepak berhampiran blok asrama siswi. Ditulis dan dimaklumkan kepada pelajar tapi sejauh mana perlaksanaannya? Itu yang pelajar persoalkan.

Kebanyakkan pelajar asrama turut mempersoal komitmen pihak Keselamatan UMT sehingga siswi berasa sangat-sangat tidak selamat lagi.

Siswi-siswi kolej yang saya temui sebelum ini banyak yang cakap keselamatan Universiti yang tidak selamat. Pondok jaga di kawasan belakang sentiasa kosong bahkan boleh di bilang berapa kerap jaga yang berkawal di situ. Hanya tinggal pondok kosong yang usang. Maka, memang patut saya sendiri persoal komitmen pihak berwajib,” tegasnya lagi

Ramai dalam kalangan siswi yang mengalami trauma akibat mengalami kecurian akibat kes pecah masuk bilik. Isu ini bukanlah isu yang boleh dipandang enteng, tetapi isu yang perlu diambil cakna oleh semua pihak. Pilihlah mereka yang memang ingin berbakti kepada mahasiswa/wi kerana.... SUARA MAHASISWA MEMANG SUARA KERAMAT.....


- Pro-M 2010...-

0 ulasan:

Catat Ulasan