Gus Dur meninggal dunia

Khamis, 31 Disember 2009

Gus Dur meninggal dunia

30/12/2009 9:54pm

JAKARTA 30 Dis. - Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid meninggal dunia 6.45 petang ini (waktu Indonesia barat) ketika menerima rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini.

Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid mengesahkan Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan Presiden Indonesia keempat telah meninggal dunia.

"Saya mendapat khabar beliau meninggal. Khabar yang saya terima beliau meninggal pada pukul 6.45 petang," kata Gus Sholah dipetik detikcom. – Utusan

- Promahasiswa UMT mengucapkan takziah kepada semua rakyat Indonesia di atas kematian bekas Presiden yang telah meninggal dunia. Setiap yang hidup mesti akan meninggal dunia, patah tumbuh hilang akan berganti. Semoga beliau sentiasa berada dalam rahmat Allah, Insya Allah.

-PROMAHASISWA UMT-

0 ulasan:

Catat Ulasan