Forum E-Undi: Aziz Bari tarik diri

Ahad, 3 Januari 2010

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 1 Jan:

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA),

Prof. Dr. Abdul Aziz Bari menarik diri sebagai panel Forum Terbuka: E-Voting dan Masa

Depan Demokrasi Universiti anjuran Gabungan Mahasiswa Membantah e-Voting (BANTAH).

Melalui email yang diterima penganjur dua jam sebelum program bermula, Abdul Aziz

memberitahu beliau terpaksa berbuat demikian ekoran mendapat surat amaran daripada

pentadbiran UIA. Selain itu, publisiti yang negatif berhubung program tersebut turut mendesak

beliau supaya tidak menyertai forum itu. "Saya tidak dapat hadir disebabkan situasi publisiti

yang negatif dan surat amaran dari UIAM," dipetik dari email yang diihantar oleh Abdul Aziz.

Mengambil teladan dari layanan Universiti Malaya ke atas Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik

Ahmad beberapa bulan lalu, Abdul Aziz berkata, beliau terpaksa mengambil sikap tidak

terlalu menonjol. "Saya teringat apa yang berlaku pada YB Nik Nazmi tempoh hari, dia ahli

politik tapi saya masih terikat dengan kontrak Universiti," jelasnya. "Eloklah saya bersikap

'lowprofile' dulu buat masa ini." Beliau turut memohon maaf kerana terpaksa menolak program sebegini.

"Seingat saya, inilah kali pertama saya menolak pelawaan progrm sebegini," jelasnya.

Dalam perkembangan yang sama, sekumpulan mahasiswa terpaksa meneruskan forum

tersebut di tapak letak letak kereta pensyarah.Forum tersebut kemudiannya berpindah

ke koridor APIUM disebabkan hujan. Semalam, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan

pentadbiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) mengarahkan BANTAH

membatalkan forum tersebut.


0 ulasan:

Catat Ulasan