Pro-M : Sabotaj poster adalah tindakan pengecut

Khamis, 14 Januari 2010
UMT, Khamis- Pagi ini warga UMT dikejutkan apabila kebanyakan poster calon yang bertanding disabotaj. Kebanyakan poster dikerat tali dan bertaburan di kali lima fakulti dan dewan-dewan kuliah. Walaupun begitu, ada poster calon tertentu dinaikkan atas poster yang disabotaj.

Keghairahan Mahasiswa UMT yang ingin melihat pilihanraya kampus (PRK) tumbuh subur di kampus dicemari oleh tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Ini akan menjadikan suasana PRK suram dan muram seperti tahun-tahun lepas yang mana siswa-siswi tidak berminat untuk melibatkan diri keranatidak mampu hendak melawan pihak tertentu seperti HEPA dan lain-lain lagi.

Pro-M UMT telah membuat pemerhatian dan mendapati bahawa modus operandi yang digunakan ke atas poster semalam adalah ada kaitan dengan kes bendera pas yang tergantung di tiang kenyataan dalam asrama pada minggu lepas. Pro-M telah mendapat e-mail daripada
student UMT yang prihatin (baca di sini).Ia juga juga berkait dengan orang luar dengan kerjasama dengan orang dalam.

Pro-M mengutuk tindakan sesetengah pihak yang sabotaj dan merosakkan poster calon yang bertanding. Ia tidak menepatidengan nilai-nilai yang mahu diterapkan oleh demokrasi dan amat jauh sekali dengan nilai keintelektualan mahasiswa. Bertindaklahdengan bijak sesuai dengan taraf mahasiswa universiti.

Tarikh membuang undi ialah pada 17 Januari 2010, Ahad di dewan Sultan Mizan (DSM).

Poster putus angkara pihak yang tidak bertanggungjawab di FST

Poster kawasan Komplek Kuliah


Kawasan FASM

0 ulasan:

Catat Ulasan