|     Dzulfikar Mashoor  |   
|     SKUDAI, 29 Dis: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam dicadangkan   untuk menggunakan perkataan 'mahasiswa' menggantikan 'pelajar' pada nama   Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti tersebut. Cadangan tersebut dibuat Pengerusi Pro Mahasiswa UTM, Nur Azim Fahada Ahmad   dalam suatu memorandum kepada Naib Canselor Datuk Prof. Ir. Dr. Zaini Ujang   semalam. Beliau berkata, cadangan tersebut sejajar dengan kenyataan Timbalan Naib   Canselor Prof. Dr. Tajuddin Ninggal dalam suatu upacara rasmi Universiti   sebelum ini. Beliau juga berpendapat, penggunaan perkataan 'mahasiswa' pada   pertubuhan-pertubuhan siswa Universiti sekali gus mengiktiraf kedudukan   mahasiswa sebagai kelompok intelektual terpilih di peringkat Universiti. Beliau turut memaklum inti perbincangan ProM UTM dengan pentadbiran   Universiti, sebelum upacara penyerahan memorandum dilakukan. "Dalam pertemuan tadi (Isnin), perbincangan kami lebih menumpu pada   bagaimana semua pihak dapat bekerjasama dalam menjayakan Pelan Pembangunan   Mahasiswa dan melestarikan ilmu di semua peringkat," dipetik dari laman   rasmi ProM UTM, promahasiswautm.blogspot.com Dalam perkembangan yang sama, lebih 50 orang mahasiswa berhimpun di lobi   pejabat pentadbiran Universiti menuntut  diadakan Majlis Pengenalan   Calon dan kebebasan berkempen dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang dijangka   umum diadakan pada awal Januari depan. KOMENTAR PROMAHASISWA UMT - Kami bersetuju dengan langkah ProM UTM yang menghantar memorandum bantahan terhadap cadangan penukaran perkataan ' mahasiswa' kepada 'pelajar' . ProM berpendapat istilah pelajar lebih kecil peranannya berbanding dengan mahasiswa yang mempunyai pentafsiran yang lebih luas dan berautoriti. Mahasiswa dikatakan mempunyai pemikiran yang matang dan kreatif dalam melakukan sebarang perbuatan di samping mempunyai daya tahan dan integriti yang tersendiri berbanding pelajar yang hanya boleh dirujuk kepada tahap pendidikan yang lebih rendah seperti di sekolah menengah dan rendah. Sesuai dengan peranannya sebagai mahasiswa, maka ProM mengajak dan menyeru agar mahasiswa yang berada di seluruh negara untuk memainkan peranan yang lebih besar kepada Universiti khususnya dan masyarakat amnya untuk merealisasikan impian negara pada masa akan datang. Insya ALLAH. - SUARA MAHASISWA SUARA KERAMAT -    |   
Kelantan pertama lancar kelab Jaringan IT Prihatin
9 tahun yang lalu


0 ulasan:
Catat Ulasan