Luahan Hati Peserta Kem Kepimpinan HEPA...

Ahad, 3 Januari 2010

Pro-M menerima surat ini yang diemailkan kepada kami melalui email. Di sini kami merasa terpanggil untuk memaparkan semula surat yang diemailkan kepada kami dengan sedikit 'edit' dari segi ejaan....
Pro-M mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar berkenaan dan kami sedia menerima sebarang email dari semua mahasiswa untuk di paparkan di blog Pro-M... Terima kasih, to-chee, vanakam, sie-sie...shukran......

- Suara Mahasiswa Suara Keramat -

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya adalah salah seorang peserta kem kempimpinan Terarah Umt, Rompin. Saya merasa terpanggil untuk menulis surat ini kepada PRO-M, kerana ada perkara yang tidak memuaskan hati saya sepanjang kem ni...

Kami diberitahu bahawa kem ini adalah di bawah sebuah consultant. Namun begitu , apa yang berlaku adalah, pihak yang menguruskan kami adalah pihak HEPA UKM. Siap pakai baju cop UKM lagi.... Langsung tiada kelibat wakil dari consultant Keris Prima Network Sdn. Bhd. Saya tertanya-tanya, adakah ribuan bajet yang diperuntukan adalah untuk diberikan kepada beberapa pegawai HEPA UKM, ataupun ada motif tersembunyi, kerana fasilitator yang datang ke kem itu sendiri mengaku bahawa beliau (Prof Madya Dr.Muhammad Hussin, pensyarah UKM) merupakan kawan baik Prof Yahya, TNC UMT. Menurut beliau lagi, atas sebab hubungan sebagai kawan baik itulah maka TNC UMT memanggil pegawai dari HEPA UKM untuk menjadi fasilitator bagi kem ini. Di mana peranan Consultan ???

Kami juga diberikan tentatif yang tidak jelas, hanya tertulis terdapatnya LDK,Ceramah dan tazkirah...tetapi disebaliknya semuanya ada kaitan dengan PRK..Sebagain contoh, semasa LDK, peserta dikehendaki membentuk jentera untuk PRK. Ceramah pula berkisar tentang isu dan manifesto yang perlu dibawa oleh calon. Hampir semua aktiviti bersangkut-paut dengan PRK. Kebanyakan kami terkejut juga kerana kami semua menyangka kem yang dianjurkan hanyalah kem kepimpinan biasa tetapi di sana lain pula percaturannya. Kalau kami tahu kem ini hanya berkisarkan kepada Kem Pilihanraya... kami sangat-sangat tidak berminat untuk hadir....

Aktiviti riadah yang dirancang pada mulanya bermain belon air sahaja. Tetapi selepas itu kami ditarik dan ditolak masuk ke dalam kolam secara paksa. Yang lebih menyedihkan, target utama adalah peserta yang bertudung labuh. Tambahan pula, objektif semua dipaksa masuk ke dalam kolam tersebut tidak jelas, ibarat kami dipaksa berendam dalam kolam tanpa sebarang sebab dan tujuan yang munasabah. Sudahlah begitu, duduk di tepi kolam pun masih kena baling air dengan peserta lelaki yang berada di dalam kolam. Yang paling teruk, pegawai-pegawai Hepa tersebut hanya mengambil langkah tengok dan tidak berbuat apa-apa. Sebagai seorang siswi, saya sangat terkilan apabila melihat kawan-kawan perempuan saya yang bertudung labuh dicerca, dimalukan dan dihina sebegitu HANYA kerana mereka memakai Tudung labuh.... apalah salah mereka....???? Hinakah mereka kerana memakai tudung labuh pada pandangan HEPA ???

Basah kuyup kami dibuatnya. Yang mendukacitakan saya, ada peserta yang tak tahan sejuk tetapi direndam sebegitu lama tanpa sebarang sebab. Terlintas di benak fikiran saya.” Adakah ini ‘kem kepimpinan terarah’ atau pun ‘kem cuti bermandi manda’ dalam kolam sambil buang duit pelajar..?” Saya sangat kesal dengan masalah pergaulan yang bercampur tanpa batasan seperti itik serati yang bercampul-gaul dalam kolam tahi. Adakah ini bentuk kepimpinan yang dikehendaki oleh HEPA UMT ??? Kalau benar... sia-sialah duit Tabung Kebajikan Pelajar yang telah digunakan untuk tujuan tersebut....



Buat malu dengan itik saja...

Sepatutnya mahasiswa yang dilabelkan sebagai pemimpin perlu berkelakuan lebih matang dan professional. Sepatutnya peserta bertudung labuh tidak diperlakukan seperti itu kerana mereka ada prinsip mereka sendiri untuk tidak terlibat dalam suasana seperti itu. Saya yang melihat juga turut berasa simpati dengan peserta bertudung labuh.

Sepanjang kem berlangsung,ada slot ldk,slot ceramah dan slot PRK...namun yang agak mengecewakan ialah tiadanya slot tazkirah. Sepanjang 3 hari kem tidak ada satu pun slot pengisian untuk mengisi jiwa yang kosong ini. Sedangkan di dalam tentatif awal, kami diwawarkan dengan pemulaan hari dimulakan dengan bacaan Al-Mathsurat (saya difahamkan bacaan ini adalah himpunan doa-doa di dalam Al-Quran). Fasilitator lebih mengutamakan pengisian program. Langsung tidak seimbang dengan kerohanian. Katanya kem kepimpinan, nak lahirkan pemimpin kena ada pengisian jiwa juga..baru mantop..ini tidak....tapi apa kan daya pihak sana (pegawai HEPA ) tidak nampak kepentingan ini....iya lah, fasinya dari hepa ukm, mungkin mereka tidak terbiasa buat slot tazkirah. Padahal hepa umt bukankah sudah terbiasa buat slot tazkirah, semasa tot fasi mjm 2009 lagi. Kalaulah ini gayanya, tidak perlulah panggil fasilitator dari luar (hepa UKM), panggil saja hepa UMT, lagi berkualiti. Semua ada, kepimpinan ada, tazkirah ada, hmm macam maggi cukup rasa.. wang pun tidak dibazirkan begitu saja.Selamat duit Tabung Kebajikan sebanyak RM 6000 tu.... banyak tu....

Saya rasa setakat ini sahaja coretan saya. Harapan saya, PRO-M sudi menyiarkan surat saya ini. Saya mengakui, setiap isi kandungan surat ini adalah benar dan tiada tokok tambah. Saya berterima kasih sekiranya PRO-M boleh menyiarkan surat ini supaya ia bisa memberi pengajaran kepada semua terutamanya peserta Mahasiswi. Perlukah mahasiswa/wi hadir untuk kursus sebegini pada tahun akan datang..... ??? Jangan nanti Hepa marah pulak kepada mahasiswa/si kalau mereka tidak mahu turut serta dalam kem kepimpinan pada tahun akan datang. Kalau ditanya kepada saya pada tahun hadapan sama ada saya akan ke Kem kepimpinan anjuran Hepa UMT... .... Jawapannya : Kusss semangat... Tobat tak mboh pegi doh... program LEBONG.....

Yang benar,

-Peserta ’Teraniaya’ Kem Kepimpinan Terarah 2009-

0 ulasan:

Catat Ulasan