Laporan Konvensyen Mahasiswa Melayu ( KONMAM)

Selasa, 12 Januari 2010
Konvensyen Mahasiswa Melayu (KONMAM) 2010

Sabtu, 2 Januari 2010

8.00 am – 1.30 pm

Jemputan Khas

Y.Bhg. Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Faiz Hj. Abdul Hamid

Y.B Datuk Paduka Ibrahim Ali

Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Aturcara Majlis.

7.30 pagi: Pendaftaran peserta

8.45 pagi: Majlis Perasmian

Oleh Naib Canselor, Y.Bhg. Prof. Dr. Aziz bin Deraman

9.45 pagi: Pembentangan Wacana 1: Pencapaian Mahasiswa Melayu, Satu Tinjauan di IPTA


Oleh Y.Bhg. Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Faiz Hj. Abdul Hamid

(Timbalan Naib Canselor HEPA, UUM)

10.45 pagi: Pembentangan Wacana 2: Politik Mahasiswa, Kemana Arahnya.

Oleh Y.B Datuk Paduka Ibrahim Ali

11.45 pagi: Wacana Perdana: Mahasiswa Melayu; Cabaran dan Masa Depan

Oleh Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

1.30 petang: Makan Tengah Hari dan Bersurai


Wacana 1

Pembincangan mengenai tahap akademik mahasiswa Melayu di IPTA. Antara perkara yang telah dipaparkan adalah.

1. Perbandingan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif mahasiswa Melayu dengan kaum lain yang jelas sekali menampakkan keterbelakangan mahasiswa Melayu dari sudut akademik.

2. Perbandingan bilangan mahasiswa Melayu di IPTA sebelum adanya sistem kuota dengan mahasiswa kaum lain.

3. Perbandingan pencapaian mahasiswa Melayu di IPTA sebelum adanya sistem kuota dengan mahasiswa kaum lain.

4. Kelemahan-kelemahan yang ada pada mahasiswa Melayu.


Wacana 2

Pembincangan mengenai gerakan mahasiswa di kampus satu ketika dahulu. Perkara yang disentuh.

1. Politik mahasiswa kini telah dipengaruhi parti-parti politik tidak seperti dahulu.

2. Mahasiswa kini hanya diam ketika belajar dan apabila pilihan raya mengundi parti lain selain Barisan Nasional.

3. Mahasiswa disogok untuk tidak mengundi PAS kerana walaupun PAS adalah Islam tetapi mereka menggadaikan Agama dan Bangsa ke tangan DAP.

4. Beliau menyeru agar mahasiswa mengundi dan menjadi ahli UMNO dan bergerak dalam kampus atas dasar kebangsaan.

5. Di sini boleh dihuraikan yang beliau sendiri memasukkan elemen politik dalam agenda gerakan mahasiswa di kampus.


Wacana Perdana.

Pembincangan mengenai masalah mahasiswa melayu dan perkauman yang timbul. Perkara yang disentuh adalah:

1. Rasa terkilan pembentang mengenai mahasiswa melayu yang menyoalkan DEB.

2. Rasa terkilan pembentang mengenai mahasiswa melayu yang menyoalkan tentang PTPTN dan biasiswa.

3. Rasa terkilan beliau dengan mahasiswa melayu yang menuduh biasiswa hanya diberi kepada kroni.

4. Beliau menyangkal yang beliau adalah bersikap perkauman kerana tajuk berkaitan Melayu telah diberi oleh penganjur.



0 ulasan:

Catat Ulasan