LAGI PENDEDAHAN KEM KEPIMPINAN TERARAH 2009

Isnin, 4 Januari 2010

Salam perkongsian dari wartawan PRO-M...

Untuk kali ini, kami bawakan kepada anda semua pendedahan dan pembedahan KERTAS KERJA KEPIMPINAN TERARAH 2009 anjuran MPP UniversitiMalaysia Terengganu (UMT) yang telah pun berlangsung pada 24-26 Disember, bertempat di Rompin Beach Resort, Rompin,Pahang. Terdapat beberapa perkara yang ingin kami tekankan di sini berkenaan kertas kerja tersebut. Antaranya adalah :

Perkara 1: Peruntukan dari Tabung Kebajikan Pelajar UMT...(duit pelajar..)

-Seperti yang dapat dilihat, kertas kerja ini “ diluluskan melalui Peruntukan Tabung Kebajikan & Perhubungan Pelajar” oleh Ketua PenolongPendaftar HEPA UMT, Hj. Zukiferee binIbrahim. Bererti kem kepimpinan ini dijalankan dengan menggunakan wang atau pun bajet dari Tabung Kebajikan & Perhubungan Pelajar.

Perkara 2: Kewujudan consultant yang ‘meragukan’...

Mengikut tentatif yang dilampirkan, pengisian kursus diserahkan kepada Keris Prima Network Sdn. Bhd(6.3). Hasil siasatan wartawan Pro-M, kami dapati Keris Prima Network Sdn Bhd tidak pernah berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Namun begitu, menurut peserta yang terlibat, tiada kelibat wakil dari consultant berkenaan. Semua fasilitator yang datang adalah merupakan wakil HEPA dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hasil maklumat yang kami dapat, kursus ini sebenarnya dikendalikan oleh Syarikat Tidak Bernama kerana tiada maklumat yang boleh menyokong. Semua fasilitator yang datang adalah merupakan wakil HEPA dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sejumlah wang yang dikatakan diguna untuk membayar caj consultant ini sebenarnya telah disalur ke mana ??? Inilah yang menjadi persoalan kepada warga Pro-M.

Selanjutnya...

Perkara 3: Bajet yang menimbulkan tanda tanya..

Menjadi persoalannya ialah kenapa perlu kem ini diadakan di tempat yang begitu jauh seperti Kem Rompin ini sedangkan banyak tempat di Terengganu ini yang boleh dijadikan sebagai tempat latihan. Apakah motifnya?? Selain itu , kenapa HEPA UKM yang menjadi keutamaan??? Hebatkah mereka??? Atau kerana KRONIMISME yang diamalkan?? Kenapa tidak mengerahkan semua HEPA UMT untuk menguruskan program tersebut?? Lagi jimat duit..lagipun ini bukan menggunakan duit pegawai-pegawai HEPA pun..guna duit TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR jugak..apatah lagi kem ini menjurus kepada PRK yang lebih bermotifkan kehendak HEPA UMT sahaja…

Rentetan dari consultant yang diragui kewujudannya, bayaran untuk consultant tersebut adalah terlalu mahal iaitu RM6,000. Mengikut kertas kerja ini, kem berkenaan menelan belanjakeseluruhan sebanyak RM13,390. Jumlah yang agak banyak untuk sebuah program kepimpinan yang terdiri daripada 38 orang peserta termasuk lapan (8) orang wakil MPP UMT.

Persoalannya, mengapakah kem ini menelan belanja yang begitu besar? Apakah kem kepimpinan terarah ini sangat ‘luarbiasa’ pengisiannya sehingga bayaran untuk consultant saja mencecah ke angka RM6,000?Nak tahu jawapannya, teruskan bersama Pro-M...

Gambar 4: Bukti keluarbiasaan kem kepimpinan terarah 2009...


Terbukti, Kem Kepimpinan Terarah ini bukan semata-mata bertujuan untuk menerapkan dan memupuk elemen kepimpinan di kalangan mahasiswa sepertimana objektif asalnya, tetapi merupakan kem jentera untuk pilihanraya kampus yang bakal menjelang dua minggu sahaja lagi. Hal ini terbukti dengan tentatif – tentatif yang rata-rata mengajar peserta cara berpilihanraya. Anehnya, mengapa warga UMT langsung tidak di war-warkan akan kursus calon @ jentera PRK ini. Majoriti hanya diberitahu bahawa ini kem tersebut hanyalah kem kepimpinan biasa. Malah, di dalam kertas kerja yang diserahkan kepada pihak HEPA, tentatif yang dilampirkan amatlah berbeza. Pada mulanya peserta dimaklumkan tentatif program lebih kepada pengisian rohani, iaitu banyak kepada slot pengisian jiwa seperti amalan bacaan al-ma’thurat, solat berjemaah, tazkirah dan lain-lain. Tetapi alangkah malangnya kami kerana diperdaya sedemikian rupa iaitu tentative yang diwar-warkan ini langsung tidak seperti pada hari kejadian. Tak percaya? Nah, kami buktikan….

Perkara 5.1: tentatif ‘olok-olok’ dalam kertas kerja.

Sambungan tentatif..

WOW... dimulakan hari , siap baca mathsurat dalam tentatif Palsu... sedangkan dalam tentatif sebnara sekadar senaman pagi.... Lebong....

Gambar 5.2:

Bangunlah warga UMT, sedarlah bahawa PRK bakal menjengah tiba tidak lama lagi. Usah lagi lena dibuai mimpi yang selama ini didodoikan oleh pihak HEP. Bangunlah menuju perubahan. Jadikan tahun 2010 tahun untuk berubah. Pastikan SUARA MAHASISWA SUARA KERAMAT menjadi kenyataan!!!

Oleh: Wartawan Pro-M

4 ulasan:

mc rooney berkata...

kami kemukakan bukti demi bukti penyelewengan yang berlaku dalam kem, ini Fakta bukan putar belit, semoga semua mendapat manfaat daripada pendedahan ini

mushiqbal berkata...

setuju2..baru2 ni MPP n JKPP g oversea..sedgkan ape sumbgan dorg dlm menaikan name UMT??From where dorg dpt bajet??btul2 xpuas hati..

Esteban Granero berkata...

gua punya proposal dulu memanjang tak lulus je bajet. bila hal-hal macam ni boleh pulak bagi duit eh? hampeh.

eh, pegawai HEP yang cun kat Canselori tu ada lagi? kirim salam kat dia eh.

Pena Agenoz BERBISIK... berkata...

Salam

Maaf PAB (Pena Agenoz Berbisik) berkata2:

Saya sebagai pemerhati melihat isu ini sebagai isu biasa dalam dunia realiti...utk RM13,000 bg melahirkan pemimpin yg berkaliber terlalu kecil.

Isu yg dikeluarkan lebih byk menyalahkan org lain...kalau benar organisasi ini jujur dlm perjuangannya..mengapa tidak dibawa isu ini dalam meja perbincangan.

Sebagai konsultan yg pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri...bayaran RM 6000 utk kos konsultansi adalah terlalu kecil bg taraf IPT.

Persoalan lain..diminta organisasi ini lebih BERANI DAN TERBUKA berhadapan dengan HEPA...jgn HANYA MENJADI AYAM BERKOKOK BERDEKAH2...RIUH SEKAMPUNG MENUNGGU HUJAN TURUN DI LANGIT..TETAPI EKOR TERPALIT TAHI SENDIRI

Sekian
Salam perjuangan

Catat Ulasan