PRK UMT : CGPA Pada Tahap Minimum

Khamis, 7 Januari 2010
UMT, Kuala Terengganu- Selepas beberapa hari MPP UMT dibubarkan proses penjualan borang untuk calon bertanding dalam pilihanraya kampus (PRK) dilaksanakan pada hari semalam Rabu, 6 Januari 2010. Sambutan dari pihak mahasiswa amat menggalakkan pada tahun ini berikutan 42 borang terjual. Ini bermakna akan ada 42 calon yang akan bertanding pada PRK UMT pada tahun ini.

Berbeza dengan tahun-tahun yang lepas penyertaan mahasiswa dalam PRK amatlah menyedihkan. Penyertaan hanyalah cukup syarat iaitu sekadar untuk memenuhi 12 kerusi yang disediakan. Memburukkan lagi imej universiti apabila peratusan yang turun mengundi pada tahun lepas tidak sampai 40%

Antara faktor mahasiswa UMT berminat untuk membeli borang adalah kerana harga borang yang agak murah berbanding tahun lepas iaitu RM 50 berbanding tahun lepas RM 200. Tambahan pula prosedur untuk membeli borang juga agak mudah, tidak perlu untuk melalui karenah-karenah birokrasi yang dicipta oleh pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) yang menyusahkan dan mematahkan semangat untuk bertanding dalam PRK.

Jumlah borang yang dijual juga tidak terhad. Berbeza sebelum ini, hanya 24 borang sahaja yang dijual untuk 12 kerusi yang diertandingkan. Siapa cepat dapat beli dan siapa lewat maka tidak dapat untuk memndapatkannya.

Selain daripada itu faktor yang paling besar kenapa ramai yang beli borang pada tahun ini ialah kelayakan calon untuk bertanding dalam PRK ialah hanya pointer 2.0. Kelayakan yang paling minimum dan boleh dikatakan semua orang layak untuk bertanding.

Ada kebaikan dan keburukannya dengan kelayakan sedemikian, namun yang paling penting ialah Pro Mahasiswa UMT ingin melihat biar demokrasi di UMT subur dan dapat melahirkan mahasiswa yang berketerampailan dan intelek dalam politik, akademik dan seterusnya dipandang tinggi oleh masyarakat setempat.

6 ulasan:

mushiqbal berkata...

Listkan lah senarai pro M UMT yg bertanding..so sng bg mahasiswa untuk vote..mcm PRK terdahulu,kebanyakan undi dilakukan secra rambang kerana kebanyakan Mahasiswa xknal pown calon2 yg bertanding..

mc rooney berkata...

Kepada Mus....

Pro-m adalah kumpulan yang menyokong Mahasiswa yang Merasakan " Suara Mahasiawa Suara Keramat ".

Kami akan listkan senarai nama selepas penamaaan calon selesai kerana takut di "band" oleh Hepa.....

Kepada mana2 calonn yang ingin bertanding di atas nama Pro-M, boleh menghubungi kami melalui email kami.....

Terima kasih.....

TOKGURU86 berkata...

Tok telah mendengar ada pihak luar cuba untuk campur tangan dalam politik kampus UMT. Mengapa perkara ini berlaku? IPT bukan medan untuk berpoilitik ttp medan mencari ilmu. Kenapa perlu ada bendera yang tidak sepatutnya di naikan di UMT. Tok sgt sedih apabila kwn tok menceritakan ape yg telah berlaku...

mc rooney berkata...

Kepada TOk....

Itu semua kerja2 BTN, memang BTN dah masuk kampus. Bendera PAS yang digantung tu dekat je dengan Pok Guard.... Takkan le orang luar berani nak gantung kat situ Tok ooiiii... mesti samada HEPA atau BTN ... entah2 Pok Guard yang gantung....

APa yang pasti Tok.... BTN memang dah masuk......

Esteban Granero berkata...

CGPA 2.0 pun boleh jadi calon? betul-betul holistik lah macam ni.

mc rooney berkata...

Kalu letak tinggi-tinggi maka calon Akasia tak leh nak masuk bertanding lah kali ni. Sebelum ni pointer 2.75

Catat Ulasan