Salam pilihanraya buat warga UMT sekalian, Malaysia kini apa yang kita ketahui banyak berlakunya pilihanraya kecil. Berita yang paling terbaru Malaysia digemparkan dengan kejayaan Barisan Nasional yang memenangi kerusi dalam pilihanraya Bagan Pinang di Negeri Sembilan. Gembira betul Perdana Menteri kita. Apa yang penulis hendak sampaikan di sini adalah kesedaran para penduduk Malaysia terutamanya dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Jangan fikir penulis mahu mempromosikan Barisan Nasional, tetapi cuba kita ambil perkara positif berkenaan dengan pilihanraya kecil lepas. Hal ini berkait rapat dengan kita sebagai pelajar dan juga sebagai warga Malaysia. Adakah anda semua mengikuti perkembangan semasa?
Seperti yang kita lihat di Malaysia ini banyak berlaku pilihanraya kecil dan apa yang kita nampak semestinya perbalahan yang timbul antara parti- parti. Tapi bagi penulis sendiri melihat dari sudut lain dalam berpilihanraya. Mereka semua masing- masing berusaha dalam memilih pemimpin. Ya! Memilih pemimpin dengan tidak berdiam diri atau hanya memandang.
Turun mengundi dalam pilihanraya samaada umum, kecil mahupun kampus bagi mahasiswa merupakan tanggungjawab kita dalam menentukan siapa pemimpin kita. Sebab kita mempunyai HAK. Kelihatannya turun mengundi hanya perkara kecil bagi segolongan masyarakat itu, namun jangan dipandang enteng akan perkara ini.
Ingatlah, masa depan Negara berada di tangan rakyatnya. Pilihlah pemimpin dengan BIJAK. Jangan kerana seseorang calon itu mempunyai paras rupa, kedudukan ataupun pandai berkata-kata menjadi penyebab anda memilihnya sebagai pemimpin tetapi seseorang yang mempunyai karismanya yang tersendiri. Ataupun seseorang yang memang berkepimpinan yang boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan tidak mengikut mana-mana telunjuk.
Ayuh para mahasiswa sekalian!
Sama-samalah kita bangun menegakkan keadilan dalam membentuk tampuk pimpinan yang berkredibiliti dan berkualiti. BAGAIMANA CARANYA??
DENGAN KELUAR MENGUNDI…..
Di sini penulis ingin menyeru supaya turunlah mengundi bagi pilihanraya kampus yang akan datang. Sama-samalah kita tanamkan azam untuk keluar mengundi demi kesejahteraan UMT kita kemudian ajaklah rakan-rakan kita semua.
Apa yang penting..?? KERJASAMA..!
0 ulasan:
Catat Ulasan