Hari-hari dalam Hidupku di UMT.

Rabu, 7 Oktober 2009

Kesibukan Mah@syswar

Diari -6 Oktober, Rabu

Hari2 kian berlalu. Rata2 merasakan seakan baru saja bangun dari tidur, alih2..sudah mahu senja rupanya. Sementelah dengan kehidupan mahasiswa bagi semester ini. Pejam celik, pejam celik lebih kurang 10 hari lagi baki untuk final exam. Tandanya sem ini sudah mahu berakhir.

Kalau diikutkan, minggu ini merupakan minggu ke 12 yang penuh dengan tekanan. Yelah dah nak dekat dengan final exam kan. Time ni la banyak test, asingment yang kena hantar dan presentation. Penulis sendiri dapat merasai kesibukan, kekalutan, keserabutan dan ketensionan sekali pun. Yalah, kita semua adalah mahasiswa yang sentiasa berjuang dalam menjayakan misi pengajian sehinggalah berjaya dan diiktiraf dengan anugerah ijazah buat kebanggaan ibubapa masing2.

Penulis percaya minggu ini sedikit sebanyak mahasiswa ‘concern’ pasal masa. Mungkin sedar, akan melambaknya tugasan2 yang perlu disiapkan. TAHUKAH ANDA semua bahawa ‘kesibukan’ yang melanda sekarang ini dicatur oleh pihak HEP dan konco2nya sebenarnya? Mengapa penulis berkata sedemikian?

Memandangkan barisan pimpinan MPP kini sudah berada di penghujung pemerintahan, bermakna akan wujud barisan MPP baru untuk sesi akan datang. Atau lebih mendalam lagi, PILIHANRAYA KAMPUS IS JUST AROUND THE CORNER!!! Khabar angin mengatakan pilihanraya kampus berlaku sebelum final exam????. eh xkot..mebe sem dpn..

Pihak HEP sedang mencatur mahasiswa sekarang ini dengan kesibukan supaya pilihanraya kampus bukan menjadi satu perkara penting dalam hidup mahasiswa. Fahamkah anda dengan ‘kesibukan’ yang dimaksudkan penulis? Hm…kalau diikutkan ‘flow’ sebenar akan berlaku pembubaran MPP lama kemudian penamaan calon dan seterusnya hari mengundi. Bayangkan semua ni berlaku dalam masa kurang dari 3 minggu dari sekarang sebelum final. Semestinya masa tu, anda semua sedang sibuk untuk study dan dah tak fikir benda tu semua. Inilah percaturan HEPA. Supaya mahasiswa tidak keluar mengundi dan pihak mereka sanggup buat apa saja untuk menang walaupun dengan majoriti sedikit. Sepertimana dalam arikel penulis sebelum ini, tarikh pembubaran MPP pun tidak diuar- uarkan kepada warga kampus apatah lagi hari penamaan calon nanti. Sebab itulah peratusan yang keluar mengundi di institusi kita mencatatkan peratusan yang terendah di kalangan institusi2 lain dalam pilihanraya kampus lepas. Hanya 38% yang keluar mengundi daripada hampir 7000 orang pelajar.

mebe kiter semua akan berhadapan dengan satu situasi dimana semester hadapan akan berlakunya pilihanraya...tapi kenapa sem dpn???? edisi akan datang akan membuat analisis..marilah sama-sama kita ikutinya.Tidak hairanlah sampai sekarang pun, masih ada lagi mahasiswa yang belum kenal barisan MPP sekarang. Adakah anda semua berpuas hati dengan barisan kepimpinan MPP sekarang? Adakah anda inginkan kepimpinan yang sebegini? Cubalah kita cetuskan revolusi baru . Bahawasanya mahasiswa berkuasa dan berhak untuk menentukan pemimpin yang selayaknya. Sokonglah pilihanraya kampus & keluarlah mengundi. Semuanya di tangan anda! FIKIR- FIKIRKAN…. –ProM.



0 ulasan:

Catat Ulasan