Pilihan Raya Kampus (PRK) UMT Suatu Sorotan

Jumaat, 2 Oktober 2009
Berdasarkan tinjauan, lebih kurang 2ribu sahaja daripada 6ribu mahasiswa umt yg kluar mengundi tahun ini, peratusan paling truk yg pernah dilakarkan dlm sejarah prk umt (±38%). Hmm… terukkan? Berbanding thn lepas ±54%, itu pun dh hmpir separuh yg x kluar mengundi.

Berdasarkan analisa, memang patut peratusan kluar mengundi teruk. Kenapa?
Kerana:
1. Tiada demokrasi dalam PRK. Mahasiswa xder pilihan calon lain yg btul2 dpt mendokong halatuju mahasiswa. Mahasiswa percaya, xder calon lain yg lebih berkaliber bertanding kerana sistem “demokasi” yg sengaja diwujudkn oleh pentadbiran.
2. System e-vote masih lagi diguna pakai
3. Mahasiswa dahagakan pemimpin pelajar yang berkaliber
4. Tiada penghebahan khusus mengenai pembubaran mpp mahupun bilakah tarikh sebenar prk kampus
5. Penghebahan tidak cukup meluas,sekadar berlegar dikalangan konco2 hep
6. Tarikh prk xdiberitahu lebih awal kpd mahasiswa
7. Tempoh berkempen yang singkat ,jadinya mahasiswa xdpt kenal bakal pemimpin mereka.
8. Mahasiswa hilang mood nk kluar mengundi atas pelbagai sebab yg anda sendiri boleh rasai
9. Mahasiswa masih lagi tidak merasakan kepentingan untuk turun mengundi dalam memilih calon mereka
10. Hep buat ugutan kpd yg xkluar mengundi. “sape xkuar ngundi ,result final akan ditahan.” Hal ini mencabar keberanian mahasiswa dan membuatkan mereka rasa diperbudakkan. Mahasiswa ada maruah, mahasiswa pantang dicabar. Buktinya, mahasiswa berjaya membuktikan keberanian dengan memboikot PRK umt 2008
11. Mahasiswa tahu bahawa calon-calon (MPP & AKASIA) smuanya dh didoktrin oleh hep supaya jd sperti lembu dicucuk hidung, justeru xkan dpt mendokong mahasiswa.
12. Mahasiswa mahu calon yang dipilih sendiri oleh mahasiswa bukan calon yang dipilih hep dan didoktrin hep.
13. Mahasiswa tidak kenal siapakah calon mereka
14. Manifesto yang dimainkan oleh calon-calon tidak realistik serta tidak sesuai dengan kehendak & keperluan semasa mahasiswa. Ini menunjukkan calon-calon tidak peka dengan isu mahasiswa, apatah lagi nak memperjuangkan hak mahasiswa.
15. Tiada ruangan khusus yang disediakan oleh hep untuk calon memperkenal diri
16. Kriteria calon yang layak bertanding tidak diumumkan kepada mahasiswa, menambahkan lagi keraguan mahasiswa terhadap kemampuan dan kewibawaan calon dalam mendokong mahasiswa dan menampakkan lagi adanya sistem demokasi yang tak menepati kriteria pemilihan calon.
17. Kedudukan tempat mengundi yang tidak strategik jgak mungkin menyumbang kepada rendahnya peratusan mahasiswa kluar mengundi.
18. Cadangan agar diasingkan tempat mengundi mengikut fakulti akan meningkatkan peratusan mengundi .

0 ulasan:

Catat Ulasan