Gelombang Kebangkitan

Khamis, 15 Oktober 2009

Mior Isfandy Mior Azizan | Foto Nasir Sudin
Fri | Jan 16, 09 | 7:14:24 pm MYT

Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, sahutlah seruan Allah dan Rasul tatkala diserukan kepada kamu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik" (Al-Anfal:24).

Kaedah mengundi yang wujud dalam kerangka demokrasi hari ini dan dilihat hanya sebagai satu wadah yang paling aman dan baik untuk memilih pemimpin sewajibnya digunakan dengan sebaik mungkin.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Apabila diberikan amanah kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran." Rakan-rakan yang mengundi sewajarnya mengingati bahawa undi yang mereka berikan itu adalah satu pemberian amanah. Amanah tersebut haruslah diberikan kepada calon-calon yang bersih, berintegriti, berwibawa, mesra, bijak dan tidak mementingkan kepentingan perbadi.

Ibnu Taimiyyah menggariskan dua karakter utama yang diekstrakkan daripada wahyu Allah iaitu Al-Quwwah dan Al-Amanah untuk memilih calon kepimpinan. Al-Quwwah yang didefinisikan dalam konteks hari ini bukan hanya merujuk kepada kekuatan fizikal semata-mata bahkan ia diperluaskan lagi kepada merit kecekapan, kemahiran dan kemampuan untuk menguruskan manusia dan sistem. Manakala, Al-Amanah disebut sebagai integriti, kepercayaan dan kredibiliti yang ada pada batang tubuh calon tersebut.

Semangat jitu Pro-M

Pilihan Raya Kampus 2008/2009 yang sudah mula berlangsung di beberapa buah kampus utama seperti di UKM, UPM dan UM telah menyaksikan kesepaduan dan kekuatan jitu yang ditunjukkan oleh Pro-Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa yang lahir di medan ilmu dan pentas politik universiti adalah mereka yang mempunyai kematangan dalam bertindak, fasih berhujah dan teguh pegangan agamanya.

Kita juga tidak dapat menafikan meskipun platform untuk berdakwah, memberikan khidmat kepada mahasiswa dan berbakti kepada universiti dilihat sempit namun ia bukan pengukur kelesuan Pro-Mahasiswa.

Sepanjang tahun 2008, komitmen yang diberikan selama ini oleh Pro-Mahasiswa dilihat mampu memberikan perubahan yang dinamik kepada warga universiti dan peringkat nasional.

Semua rakan-rakan mahasiswa seharusnya mengangkat calon-calon kompeten dan berwibawa ini untuk menuntun dan memimpin mahasiswa ke arah budaya intelektual, penyuburan demokrasi, integriti kepimpinan serta wajah pemimpin masa depan negara.


Tidak keterlaluan sekiranya undi yang diberikan kepada calon Pro-Mahasiswa ini akan mengubah pola sosio-budaya di universiti.

Rakan-rakan mahasiswa tidak ada sebab untuk menolak calon-calon Pro-Mahasiswa. Label Pro-Mahasiswa itu sendiri memberikan impresi kepercayaan mahasiswa buat mereka.

Tawaran-tawaran politik yang terkandung dalam manifesto mereka akan membawa ke arah perkembangan taraf pemikiran dan kondusi yang lebih baik lagi samada di peringkat universiti mahupun nasional.

Pro-Mahasiswa juga diingatkan jangan terlalu melangitkan janji-janji sebelum pilihan raya semata-mata bahkan mereka perlu membumikan kebenaran dan mengimplementasi janji tersebut.

Beberapa tahun dahulu, Pro Aspirasi (Penggerak Siswa) hanya mendapat ihsan kemenangan disebabkan pemboikotan besar-besaran Pro-Mahasiswa. Kemudian, mereka dan pihak universiti bekerjasama memperkenalkan peraturan-peraturan diluar tabi'e demokrasi kampus untuk mengekalkan mandat tipu Pro Aspirasi dibeberapa buah kampus utama.

Keyakinan, kesungguhan, kesediaan yang telah ditunjukkan oleh Pro-Mahasiswa bakal menjelmakan kemenangan yang besar ketika pengumuman keputusan pilihan raya nanti, insya-Allah. _

0 ulasan:

Catat Ulasan