KUANTAN, 1 Okt- Baru-baru ini telah diadakan satu kursus Kepimpinan dari pihak UMT kepada beberapa mahasiswa yang terpilih (bertuah nyerr..). Difahamkan, kursus ini diadakan di tempat yang boleh tahan eksklusifnya iaitu di Duta Villa, Kuantan yang mana ianya bukanlah calang2 kursus dibuat. Wow ! RM 118 - RM 228... hebat..hebat... Duit sapa yang digunakan tu...??? Duit kita juga..... Kalau nak buat aktiviti..punyalah kena budget....potong sana, potong sini... tapi kursus MPP.... tiada halangan... Ni nak buat pulak sekali lagi.... Berapa pulak duit Mahasiswa terpaksa DIGADAIKAN....???
Room Types | 07 Oct '09 -
31 Dec '09 |
| |
Standard | Yes | 118 | |
Chalet | Yes | 138 | |
Deluxe (Balau 2BR) | Yes | 288 |
Sepertimana pada tahun lepas, pihak HEPA melantik consultant motivasi yang berpengkalan di Besut untuk mengendalikan kursus kepimpinan ini. Manakala pada tahun ini pula, Pihak HEPA UMT mungkin ingin memberikan peluang kepada consultant lain untuk mengendalikan kursus pada kali ini, maka dilantik pihak konsultant World Venture, yang berdaftar di Melaka bagi menguruskan program untuk kali ini. Seperti pada tahun-tahun lepas, program ini diadakan selama 3 hari 2 malam.
Antara penceramah2 yang terlibat adalah Encik Rashid bin Abdul Majid iaitu seorang pelajar dari Open Universiti Malaysia Kuala Lumpur ( saper tue??? ) yang berasal dari Melaka. Antara penceramah2 lain adalah M. Fadhil Yusuf berasal Muar, Johor bersama juga rakannya bernama M. Saiful Fasyar Basyar dari Jasin Melaka, M.Mazuan Abdullah juga dari tempat yang sama dan Khuzaini Ahmad Zulkifli@ Uda dari Ipoh Perak yang merupakan pelajar Kolej Komuniti Pasir Salak dalam bidang Pelancongan & Pengembaraan (Apa kaitan kepimpinan dengan Pelancongan ???). Siapa tuan empunya World Venture akan didedahkan dalam siri Terjahan Skuad Pro-M akan datang... sila ikuti....
Kriteria peserta adalah terdiri daripada mereka yang sememangnya boleh membuat kerja dan telah ditawarkan secara rawak seramai 50 orang. Namun begitu, hanya 26 orang iaitu 10 lelaki dan 16 perempuan sahaja yang berjaya hadir. Persoalannya di sini, mengapa ini berlaku? Kursus ini memakan belanja hampir RM20 ribu ( fuyoo,..banyaknya makcik!). Untuk apa bajet sebegitu besar digunakan sedangkan peserta hanyalah 26 orang sahaja - maknanya seorang pelajar menggunakan HAK KITA sorang RM 1000 ... WOW !!! (jimat sket). Dengar kata akan diadakan sekali kursus yang sama dalam bulan ni untuk mencukupkan bilangan calon yang akan bertanding di bawah tajaan HEPA sebab daripada 26 orang yang pergi tu, difahamkan hanya dalam 10 orang je yang layak bertanding..... Kalau dah tahu tak layak bertanding tu.... buat apa bawa gi kursus.... buat perabis boreh jo.... kato orang Negori . Pelbagai lagi akan didedahkan daripada kursus ini.. BERMINAT KER..? Sila ikuti perkembangan dalam artikel akan datang. - ProM, Suara Baru Mahasiswa, Suara Keramat.....
0 ulasan:
Catat Ulasan