Menerjah dan Membongkar Rahsia lama..... Majid Ohhhhh Majid.....

Jumaat, 2 Oktober 2009
Menerjah & membongkar segala rahsia di sebalik tabir suasana Pilihan Raya Kampus (PRK) UMT

Terjahan kali ini memberi bukti jelas kepada semua mahasiswa bahawa PRK di UMT
-Tidak telus
-Tiada demokrasi
-Membantutkan perkembangan potensi mahasiswa
-Kebebasan mahasiswa untuk bersuara disekat
-Mahasiswa diperbodoh, dipermain, diperanjing, ditipu dan diperalat oleh golongan atasan

Apa buktinya?
Nah, ini buktinya.

PERTAMA:
Borang pencalonan berharga RM 200? Mahasiswa xnak jd calon ke? Nak? Mampu bayar harga borang? Lainlah mereka-mereka “pak turut” yang ditaja oleh HEP. Semua disediakan...
Erm, Nampak sangat xnak bg mahasiswa jadi calon bertanding.

KEDUA:
Tarikh PRK tak diberitahu lebih awal. Anda tahu bila PRK kita ? Bila diberitahu? Ada diumumkan kepada semua mahasiswa lebih awal? Makluman bilakah borang pencalonan dibuka? Majoriti xtahu. Kenapa ekkk ???Ke tak nak kita semua tahu ???.....

KETIGA:
Syarat kelayakan menjadi calon tidak dihebahkan kepada mahasiswa. Hmmm… mcm ada something yang nak diselindung. Apa yer? Fikir lah sendiri.

Skuad terjah pasti , ada ramai di kalangan anda (mahasiswa) yang lebih berkaliber dan berkelayakan untuk mencalonkan diri sebagai calon untuk bertanding di fakulti masing2 mahupun di kerusi umum. Setuju? Kami penuh yakin dan optimis ramai yang setuju dengan pandangan kami.... Tapi kenapa agaknya Hepa mencalonkan mereka yang tidak berwibawa ???? Jawapannya.... " Lu pikir le sendiri ", Nabil kata (Raja lawak). Namun apa yang pasti Hepa tak akan calonkan anda kalau anda bersama promahasiswa dan memperjuangkan Hak dan Maruah Mahasiswa.....

Inilah reality yang berlaku. Pentadbiran? Bukannya nak membina potensi mahasiswa, malah merendahkan taraf mahasiswa macam budak-budak kecik (Tadika) yang mudah dipermainkan, diperbodohkan, ditipu hidup-hidup, diperalat dan sebagainya.

KEEMPAT:
Mahasiswa tertipu?
Ye. Hmm, ada calon yang bertanding menggunakan tiket MPP dan wujud satu lagi golongan yang dikatakan sebagai puak pembangkang dengan menggunakan tiket AKASIA.

Ramai menganggap mereka ni benar-benar bertempur untuk merebut kerusi yang dipertandingkan. Sampai nak gaduh pun adaaa, haahhaaha.

Sebenarnya MPP dan AKASIA adalah sama. Dari keturunan dan leluhur yang sama. Mak dan Bapak mereka serupa - Hepa. Sengaja diwujudkan dua golongan yang dilihat bertempur antara satu sama lain. Padahal, kedua-duanya dicipta oleh satu kepala yang sama. Nak bukti ?????

Lihat buktinya:
Sumber kewangan calon:
Calon MPP ditaja oleh HEP.
AKASIA disupport oleh C.Bad.
“hmm.. baiknye hati c.bad nak belanja calon AKASIA masuk bertanding. Hampir semua kerusi fakulti dan umum ada calon dari AKASIA. Banyaknye duit C.BAD. Pastu plak, calon AKASIA ni banyak terima bantahan. Nak buat rayuan kene bayar RM50 plak untuk setiap bantahan. Betul ke C.Bad yang bayar semua tu? Xmungkinlah. Ap benefit yg C.Bad dpt kalau AKASIA menang? Xder. Hmm…….kecuali.......

Hasil terjahan, sebenarnya, semua yang berlaku adalah atas perancangan dan arahan Majid. Percaya atau tidak..... ikutilah kesah seterusnya yang akan dipaparkan oleh Skuad Terjahan kami dalam siri akan datang....


Semuanya dah dirancang oleh MAJID dan konco-konconya (golongan X... yang menjadi perancang utama yang membantu merencanakan Misi MAJID).

Sape yang akan jadi MPP? Semua dah ada di tangan MAJID.
Samada Mahasiswa keluar mengundi @ tidak sama je.
Xder kesannya kepada keputusan Pilihan Raya Kampus. Sama je. Keputusan dah ada.
Xder faedahnya kalau mahasiswa turun mengundi.
Undian mahasiswa langsung tidak dipandang oleh mereka yang menguruskan PRK. Undi mahasiswa macam sampah, xbernilai sedikitpun.
Kalau anda masuk bertanding, sehebat mana pun anda, anda tidak akan Berjaya menjadi MPP jika anda bertanding bukan atas tiket MPP.
Dan mereka (HEP)@MAJID & konco-konconya tidak akan benarkan sama sekali siapa shj yang hebat untuk bertanding atas tiket MPP .... KENAPA ....

Sebab mereka yang hebat adalah mereka yang tidak mengikut telunjuk HEP tapi mereka adalah benar-benar mahasiswa yang menyuarakan pendapat dan berani menyatakan pendirian mahasiswa tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak berkepentingan.

KELIMA:
Di mana maruah mahasiswa? Mahasiswa dipergunakan semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu pihak atasan dalam merencakan perancangan mereka. Aduhai .... Jentera-jentera MPP mahupun AKASIA, sudahlah tu, cukuplah. Jangan biarkan diri anda terus diperbodohkan, diperkayu dan diperkudakan serta dipermainkan mereka umpama boneka murahan yang senang-senang aje disuruh buat itu, buat ini. Xrasa hilang maruah ke?

PRK tahun 2004 dulu, para jentera PRK yang diguna oleh MPP diberi sumbangan berupa CD lucah dan rokok oleh ketua jentera mereka pada masa itu, siapa? Siapa lagi kalau bukan Yu G. Siapa dia Yu G... adakah dia ni betul-betul pelajar ATAU seorang SB yang dihantar pihak2 tertentu untuk mencatur perbuatan Jahat mereka....

Percaya atau tidak Yu G adalah pelajar UMT yang menjadi pelajar tahun 1 pada tahun 2003..... sekarang ni tahun 2009.... Dah 7 tahun belajar..... tak juga bergraduat..... " Bodoh sangat ke dia " ATAU Yu G ni memang dikehendaki oleh pihak2 tertentu untuk berada di UMT untuk "memperdodohkan kita semua....

Orang yang baik2 memang xkan tolong orang jahat buat kerja jahat, jadinye orng2 yang jahat & bodoh digunakan Yu G dengan berumpankan CD lucah & rokok. Ish2, apa nak jadi ni?

Sekarang Yu G menggunakan rakan-rakan AKASIA untuk jadi jentera kpd calon2 AKASIA. Hmm, kesian depa ni, x pasal-pasal bergaduh antara satu sama lain dengan jentera MPP. Pihak atasan relaks je, lagi suka jentera-jentera bawah bergaduh, sebab ini yang mereka mahukan, supaya PRK kali ini dilihat bersih, adanya demokrasi dengan wujudnya dua golongan yang saling menyuarakan pendirian, saling bertempur dan mendokong calon masing2.

Tapi ingat MAJID! jangan ingat mahasiswa bodoh. Mahasiswa xbodoh. Mahasiswa tahu menilai yang mana baik yang mana buruk, yang mana benar yang mana salah. Adakah kita rasa kita Bodoh.... tidak kan....???

Ap yg terjah rungkaikan kali ini menunjukkan:

Memang sah pihak atasan xmau mahasiswa memimpin mahasiswa kecuali mahasiswa yang boleh mengikut telunjuk pihak atasan umpama lembu dicucuk hidung. Setuju?
Maknanya, anda boleh jadi MPP kalau anda adalah jenis yang mudah mengikut telunjuk pentadbiran(HEP), menurut segala titah perintah HEP dengan penuh taat sehingga tidak mampu menyuarakan pendirian mahasiswa. Apa ni ?????
Adakah MPP yang begini yang kita mahukan? Terjah pasti,yakin, dan percaya, majoriti mahasiswa tidak mahukan MPP umpama lembu dicucuk hidung, tapi mahasiswa mahukan MPP yang mampu menentukan sendiri halatuju mahasiswa dalam melahirkan mahasiswa yang lebih produktif dan construktif.

KEENAM:
Sistem e-Vote yang diguna pakai di UMT adalah tidak telus. Boleh pecaya ke dengan system ni? Tak percayalah. Mereka boleh buat apa saje dengan undian e-vote, nak tambah, nak tolak, dsb.

Terjah percaya inilah system yang membantu MAJID dan konco-konconya dalam menaikkan calon2 yang mereka pilih. Calon-calon yang telah mereka doktrinkan supaya patuh dengan arahan pihak atasan “lembu dicucuk hidung”. Sedar atau tidak, terjah nak tanye skit, program yang MPP buat selama ni, betul ke MPP yang rancang & buat? ATAU....

Sebenarnya, semua program dah disusun atur oleh HEP. Xder pun program yang dirancang sendiri oleh MPP untuk meningkatkan mutu keintelektualan Mahasasiswa. Tapi semua dah dirancang. Itulah sebabnya sepanjang pemerhatian terjah terhadap program MPP, hanya figure-figure tertentu yang terlibat, itupun tak dihandle dengan baik, dan kebanyakan program yang sepatutnya dihandle sendiri oleh MPP dihandle oleh orang lain, sebab? MPP tak mampu nak handle sendiri, mereka tak memahami ap program yang mereka buat, sebab bukan mereke yang rancang.

So, ap yang MPP buat? Kalau buat, dapat sambutan ke? Join dengan rela atau dipaksa @ diugut? Kalau dapat sambutan, tu program apa? Program saper?

MPP tak buat apa2 sebenarnya, larut dalam mimpi kemegahan dan kebongkakkan kerana memegang title pemimpin pelajar. Mereka sendiri tidak sedar sebenarnya mereka adalah kerbau yang digunakan pihak atasan untuk menggala tanah UMT dalam usaha mencabut dan membuang benih-benih mahasiswa yang berpotensi besar dalam kepimpinan yang berkarismatik, menyekat perkembangan intelektual mahasiswa


Program lautan biru, di Kemaman, ni program saper? Mereka jugak yang bg tahu mahasiswa x boleh terlibat dengan politik. Ini program apa? Tentu anda dah tahu. Masa tu kan dekat dengan Pilihan Raya Umum (PRU). Apa lagi, MAJID x lepaskan peluang, masa nilah nak tunjuk baik kat UMNO dapat gunakan mahasiswa “MPP & angkatannya” sebagai " mangsa persundalan politik". Nanti bleh lah ap2 benefit untuk kepentingan peribadi.

Pemimpin bersama rakyat, yang dibuat di PANTAI BATU BURUK, dekat PRU baru nak bersama mahasiswa. Inilah usaha MAJID membantu UMNO-BN meraih simpati dan sokongan MAHASISWA bila rasa Mahasiswa diperlukan. Dengan bantuan MPP, Mahasiswa dikerah, diugut dan sebagainya kalau tak join Program bersama rakyat tu. Ap ni? Ingat Mahasiswa ni budak ke? BEBASKAAN kami daripada menjadi "pelacur politik"..... Cukup...cukuplah.....Jangan pergunakan kami..... kami dah bosan menjadi kambing hitam.....

Kursus MPP? Kursus Calon? Kursus Jentera?
Semua ni memang di atur dah telah dilaksanakan oleh MAJID. Inilah proses yang di susun oleh pihak atasan untuk mendoktrin mahasiswa dalam melahirkan barua-barua HEP yang patuh dengan dengan apa shj arahan HEP. Supaya senang HEP@pihak atasan menggunakan Mahasiswa.


Ini baru sikit maklumat yang terjah bagi, berbondong-bondong lagi maklumat program dan perancangan mereka yang terjah ada yang akan terjah bongkarkan satu-persatu, samada gambar, data dsb. tunggu dan lihat aje. Samada program legal@illegal yang mereka buat. Program apa? Nanti kita akan bongkarkan satu-satu .

Terjah tidak mahu mahasiswa diperbodoh, dipermain, diperalat, diperanjing dan tertipu dengan suasana yang sengaja diwujudkan oleh mereka.

Terjah mahukan supaya mahasiswa berfikir, peka dengan suasana, berpendirian, tegas dengan prinsip mahasiswa, berani menyatakan pendirian, mengmbalikan keizzahan mahasiswa, serta tidak takut mempertahankan hak & maruah mahasiswa.

So, apa yang patut Mahasiswa buat sekarang?

Tak payah keluar mengundi, duduk di rumah siapkan assigment atau tutorial, siapkan projek tahun akhir, jumpa lecturer ?. Mengundi pun xder kesannya kpd keputusan pilihan raya. Salah.... kita MESTI turun mengundi dan pastikan "calon Boneka" mereka kalah...... Undilah calon Bebas yang berkarisma dan berkaliber......

Mereka ugut? Jangan takut, mereka tak boleh buat ap2. Xdpt slip final exam? Xder dlm ISO atau AUKU mengatakan mereka yang x mengundi calon tak dapat slip final exam.

Ha, tengok, mereka sedang mempermainkan mahasiswa, mencabar maruah dan keberanian mahasiswa. Saman pentadbiran kalau mereka keras mengugut Mahasiswa.

Buktikan yang anda adalah mahasiswa yang bermaruah,tak mudah dipermainkan, diperbodoh, ditipu dsb.

Para jentera PRK MPP mahupun AKASIA, cukuplah. Jangan biarkan diri terus diperanjing dan diperalat oleh HEP@pihak atasan. Bukan di situ tempat anda. Tempat anda adalah bersama mahasiswa bukan bersama HEP.

0 ulasan:

Catat Ulasan