Calon-calon mereka adalah.....

Rabu, 7 Oktober 2009


Pemimpin mencetus inspirasi bukan memaksa orang lain mengikut. Pemimpin memancarkan kasih sayang, bukan menakutkan orang lain. Pemimpin selalu berkata “kita” bukan hanya “saya”. Pemimpin bergantung kepada kebijaksanaan bukan kekuasaan. Pemimpin melihat “bagaimana” sesuatu perkara terjadi, bukan “apa” yang terjadi. Pemimpin menimbulkan rasa hormat bukan mengharapkan pujian. Pemimpin melihat apa yang salah, bukan siapa yang bersalah.


Setiap individu adalah pemimpin, anda adalah pemimpin, saya juga memimpin. Seorang Perdana Menteri merupakan pemimpin kepada rakyat. Seorang pengurus besar syarikat menjadi pemimpin kepada pekerja-pekerjanya. Seorang ayah pemimpin dalam keluarganya. Wakil rakyat, tok penghulu, imam masjid, tauke kedai dan seumpamanya juga merupakan pemimpin. Di kampus pula, ada MPP, JKPP, AJK Surau, DAMAI, Kelab-kelab dan segala macam aneka pertubuhan yang menuntut kepada kehadiran penggerak yang memimpin persatuan tersebut. Paling tidak pun, seseorang tu adalah pemimpin pada dirinya sendiri.


Setiap orang boleh menjadi pemimpin, tapi pemimpin bagaimana yang kita nak?? Yang suka menampakkan kerajinannyakah (rajinnya kerana kita) atau yang peka membela hak mahasiswa? Yang membiarkan mahasiswa dalam zon selesa hingga terlena dibuai mimpi-kah atau yang menyediakan keperluan mahasiswa untuk membina kualiti diri masing-masing? Yang bagus fizikalnya sahajakah atau yang elok rohani-nya juga? Atau yang nampak macam elok pun sudah cukup bagus? Pendek kata, kita nak pemimpin yang berkualiti atau ber’kuali’? Hati ni cukup sedih dengan lagak, gaya, tingkah laku, adab, sikap juga PERANGAI pemimpin zaman millenium ni. Pembangunan Keintelektualan mahsiswa di tolak mentah-mentah. Hati kita mati dibuatnya lantaran karat-karat dosa yang menebal. Yang hak di katakan batil, dan yang batil tu di agung-agungkan. Dalam lingkungan kampus, MPP menjadi perhatian kerana ’kebesaran’ mandat yang diberikan pelajar kepada mereka. MPP jualah yang menjadi orang tengah antara pelajar dengan pihak pentadbiran universiti (konon-kononnya laa).


Haram hukumnya bagi kita membuka aib diri sendiri dan juga aib orang lain. Kalau kita terbuat dosa, segeralah bertaubat dan dosa-dosa yang pernah kita buat tu tak perlu la dihebohkan pada orang lain setelah Allah menutup segala aib-aib kita. Pasal bukak aib orang lain pun tak boleh juga sebab nanti Allah akan buka plak aib kita di akhirat. Tapi, ada satu kondisi yang membenarkan kita untuk ’mengumpat’ iaitu bila melibatkan pemimpin kita. Kesimpulannya, bila pemimpin ada buat salah kita kena betulkan salah silap mereka. Masalahnya bukan senang nak tegur pemimpin ni, terpaksalah guna wadah yang maya ini.


Apakah perasaan anda jika mengetahui pemimpin anda tidak berintegriti? tiada kredibiliti? Tidak menjaga adab dan tatasusila sebagai seorang mahasiswa yang bertamadun? bukti?? ha ni la buktinya..semasa program kepimpinan yang lalu ada beberapa adegan yang tidak patut dilakukan bagi pemimpin yang nak memimpin mahasiswa yang berintegriti dan mempunyai nilai ketimuran. Geram dek adegan geng MPP tanpa mengira jantina & tanpa segan silu bermandi-manda di kolam dengan bebasnya, yang perempuan tergedik-gedik manakala yang lelaki pula ketawa terbahak-bahak. Malu rasanya sebab begitu murah sekali harga diri wanita sekarang ni, semua perhiasan dah jadi tontonan dagangan insan ajnabi dan bukan muhrim dengan selambanya sahaja. Sedih memikirkan keadaan remaja-remaja, kawan-kawan sebaya yang jauh hanyut entah ke mana. Apa yang kita nak buat dengan pemimpin yang sebegini? Adakah mereka ini yang kita inginkan untuk memimpin kita??? Pemimpin yang ’sama naiknya’ dengan orang bawahannya yang sepatutnya dipimpin ke jalan yang mustaqim (lurus)? Bagaimana la ekor nak lurus kalau kepala pun belok?


Rentetan calon2 yang mengikuti kursus kepimpinan tersebut, di harap dapat sama2 membaiki diri & menanamkan sifat2 kepimpinan dalam diri masing2, seperti:


1.Pemimpin wajib mempunyai prinsip yang berasaskan pegangan agama yang kukuh.

2. Pemimpin mestilah berjiwa besar dan berkeyakinan tinggi. Bukan sekadar mengikut arahan orang atasan tanpa memikirkan hak-hak orang yang dipimpinnya.

3. Pemimpin mesti mempunyai ketrampilan diri yang mampu menarik perhatian pengikut dari pelbagai aspek seperti gaya bertingkah-laku, berpakaian, bergaul, kebersihan diri dsbgnya.

4. Pemimpin harus menguasai kemahiran komunikasi yang cekap dan baik seperti bercakap, berpidato, berkomunikasi dengan pelbagai jenis dan aras pemikiran pelajar yang dipimpin.

5. Pemimpin yang pandai bercakap tetapi kerjanya pun jalan seiring dengan apa yang dicakapkan. Bukan seorang yang pandai bercakap atau bercakap berdegar-degar tetapi kerja tidak sampai ke mana. Action speaks louder than talk !




Belajar sambil mencabar
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin

Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar - Prof. Ungku A. Aziz (1973)




Renung2kan bersama..

Janganlah menjadi seperti 'sang ketam yang mengajar anaknya berjalan betul'.

0 ulasan:

Catat Ulasan