Salam satu Malaysia, anda semua tentu sudah maklum tentang Kursus Kepimpinan yang baru2 ini diadakan oleh pihak HEP.
Rentetan dari itu, di sini anda akan diberi pendedahan yg lbh lanjut tentang pengisian2 yang diadakan sepanjang kursus kepimpinan itu berlangsung. Terdapat 3 slot utama yg diadakan.
Slot 1
Slot bersama Pn.Intan, Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA). Slot yang dibawakan berkisar tentang peraturan perjawatan di kampus. Pn. Intan bercakap tentang kepentingan kepimpinan kepada universiti. Jawatan yg penting seperti Majlis Tertinggi(MT) juga hanya boleh disandang oleh seorang individu & individu itu hanya boleh menyandang jawatan itu sahaja. Namun realitinya, adakah hal ini ter-realisasi di UMT? Hahahah... nak suka pulak Tok Ki, Realiti sebenar yang berlaku ialah seorang MT MPP memang selalu memegang lebih dari 1 jawatan.
Tidak usah disebutkan siapa, anda seharusnya sudah sedia maklum. Tidak perlu memberi alasan kerana tiadanya pelajar lain yg mahu menjadi pemimpin, maka mereka harus memikul bebanan jawatan yang pelbagai dalam satu2 masa. Persoalannya di sini, adakah betul para pelajr di UMT ini tidak berkelayakan & tidak mahu menjadi pemimpin? Atau, mereka tidak pernah diberi peluang? Peluang untuk menonjol & mengasah bakat kepimpinan mereka yg berkemungkinan lebih berkaliber daripada pemimpin sedia ada.
Betol atau tak ? Lu fikirla sendiri kata Nabil. Turut diumumkan bahawa Pn. Intan sebagai penasihat SPR. Pn. Intan juga memberi amaran & peringatan bahawa sebarang program tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran pihak HEPA. Jadi, program yg bagaimanakah yg mudah diluluskan oleh HEPA? Program2 berbentuk akademik? Atau hiburan
Slot 2
Slot bersama En.Salleh bin Bain, iaitu slot tentang perancangan PRK. Menurut sumber, En.Salleh memberi kenyataan bahawa mana2 pelajar yg ingin turun bertanding menjadi wakil pimpinan pelajar kelak diwajibkan untuk menyertai kursus kepimpinan ini demi untuk menjadi calon yang’ halal’ di mata HEPA. Maknanya sesiapa yang tak ikuti kursus kepimpinan "HEPA" ni tak layak jadi calon. Wei lah.... Orang biasanya Kursus Kepimpinan di buat selepas Kemenangan Calon yang bertanding. Ni apa punya 'mazhab' lah.... songsang le En Salleh..... Persoalannya lagi ialah adakah perkara ini berlaku dalam pemilihan MPP pada tahun-tahun yang sudah?? Cuba rakan–rakan semua perhatikan semula MPP yang ada sekarang!! Ada dikalangan mereka yang langsung tidak mengikuti sebarang program yang dianjurkan oleh pihak HEPA. So?? Itu adalah retorika politik semata-mata. Tak percaya?? Anda nilaikan sendiri...
Slot ke-3 iaitu slot kemuncak adalah slot bersama TNC, Prof. Dr. Yahya Ibrahim mahukan PRK yg BERSIH dilaksanakan di bumi UMT ini. Persoalannya, mampukah saranan TNC ini direalisasikan? Awal-awal lagi HEPA dah mengotorkan PRK dengan Peraturan Bodoh En Salleh yang mewajibkan mereka yang nak bertanding mengikuti kursus kepimpinann sebelum bertanding....
Mampukah kotoran degil yg Prof.Majid tinggalkan di bumi UMT ini dihilangkan? Adakah daki2 penipuan & taktik kotor lagi licik tinggalan Prof. Majid ditanggalkan? Persoalan2 ini harus kita jawab sebelum kita menilai setakat mana tahap ke’bersih’an PRK yg bakal diadakan pada tahun ini. Fikir-fikirkan bersama... Prof. Aziz juga banyak bertanya tentang aktiviti2 yang diinginkan oleh para mahasiswa UMT. Prof.... Kami mahukan aktiviti yang membina "Budaya Kemahasiswaan " yang berkualiti....
Pada masa yg sama, beliau mahu para mahasiswa menganjurkan aktiviti yg sempurna. Prof.... nak sempurna macamana.... budget asyik kena potong je.... Kalau program anjuran HEPA pulak...Tiada sekatan.... macam program kursus ni le Prof.....
La.... ni je ke Intipati Kursus bernilai RM 20 K. Apa pandangan anda ? Berbaloikah ? Mahasiswa...Lu fikir le sendiri......
0 ulasan:
Catat Ulasan