Sesuatu yang baik belum tentu benar dan sesuatu yang benar belum tentu baik. Kata- kata hikmah ini memberi makna yang sangat mendalam jika kita selami sebetulnya. Begitu juga dengan peribahasa ‘air yang tenang jangan disangka tiada buaya’.
Hal ini berkaitan rapat dengan kita sebagai mahasiswa yang datang ke menara gading untuk mencari ilmu. Namun malangnya, kebanyakan daripada kita datang hanya semata- mata untuk itu. Begitu sempitnya pemikiran mahasiswa masa kini. Malah, ramai juga antara kita gemar berhibernasi untuk tidak mengaktifkan diri dalam aktiviti- aktiviti luar seperti sukan dan juga ko-kurikulum. Tambahan lagi apa yang kita sendiri tahu bukan setakat itu sahaja bahkan, isu-isu semasa pun kurang dititikberatkan. Di sini kita dapat lihat kurangnya budaya membaca. Mungkin ada secebis kerajinan membaca yang hanya digunakan sebagai bekal apabila adanya ‘test,assingment’ mahupun peperiksaan akhir.
Sebagai mahasiswa, kita seharusnya peka kepada segala perkara. Jangan jadikan diri kita seperti katak dibawah gelas kaca yang hanya dapat melihat keadaan sekitar namun tidak mengetahui keadaan sebenar. Inilah realiti kehidupan hari ini. Mahasiswa yang tidak tahu apa-apa yang hanya mampu mengikut arahan pihak HEPA bagi setiap agendanya.
Contohnya, penulis masih ingat suatu ketika dahulu adanya program ‘Pemimpin Bersama Rakyat’ di Bandar Batu Buruk pada awal tahun 2008. Masihkah anda ingat? Di mana program ini berlaku pada hujung minggu pada hari Sabtu semua pelajar asrama terutamanya dipaksa mengikuti program tersebut. Para pelajar asrama diugut kononnya akan matikan sumber elektrik dan tidak dapat ber‘wireless’ sekiranya tidak turun padang. Ramai mahasiswa termasuk pensyarah sendiri bengang namun dek kerana ugutan yang dilontarkan, ramai yang mengikut sahaja seperti lembu yang dicucuk hidungnya. Kelas-kelas ganti terpaksa batal dan ‘dipontengkan’ oleh pelajar kerana program tersebut. Padahal ramai lagi rakyat Terengganu yang berada di luar sana dapat mengikuti program tersebut.
Sedarkah anda semua bahawa mahasiswa sedang diperkotak-katik? Semestinya ramai yang tidak sedar. Hanya golongan tertentu sahaja yang sedar. Yang sedar sekalipun tidak mampu bersuara, betul? Bercakap mengenai ‘diperkotak- katik’, memang sejak dari dulu lagi mahasiswa menjadi mangsa. Sekarang ini kebanyakan kampus sedang hangat dalam memperkatakan berkenaan pilihanraya kampus. Sekali lagi mahasiswa mangsa keadaan. Sedarkah anda kita sedang menghampiri pilihanraya kampus tidak lama lagi?
Mungkin di sini lah kita dapat menyalurkan suara kita sebagai mahasiswa melalui pemilihan pemimpin yang sebetulnya. Pemimpin yang tidak dipengaruhi oleh mana- mana pihak malah pemimpin yang boleh berpijak diatas kakinya sendiri. Pemimpin yang mempunyai jati diri dan visi yang jelas kea rah pembangunan keintelektualan mahasiswa kini yakni yang mempunyai integriti. Melalui pilihanraya kampus juga kita mampu mengurangkan risiko berlakunya kepincangan disebabkan kita bijak dalam memilih pemimpin.DUHAI MAHASISWA PANDANGLAH SITUASI YANG BERLAKU SEKARANG DENGAN PANDANGAN MATA BURUNG, BUKAN DENGAN PENDANGAN MATA TEMPURUNG.
FIKIR-FIKIRKANLAH..- ProM
“MAHASISWA BERSATU, MEMBUNUH KEPINCANGAN”
0 ulasan:
Catat Ulasan