Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Alhamdulillah, penulis masih berpeluang berkongsi luahan rasa dalam memerhati sifat, sikap, adab dan akhlak anak muda, remaja, siswa, dan siswi.
Apabila diperhati, dicari, digali, dikali, dan disusuli cerita dan peristiwa, penulis dapati dan semua juga tentu lebih mengetahui akan perubahan sifat, sikap, adab dan akhlak anak muda, remaja, siswa dan siswi.
Fokus ke sebelah timur di bumi Malaysia, gejala sosial di kalangan remaja semakin hari semakin mendebarkan penulis. Apa tidaknya, anak muda, remaja, siswa dan siswi kita pada hari ini dilihat telah berjaya diracuni dan diresapi budaya kuning yang menghilangkan jati diri mereka sebagai golongan harapan bangsa, agama dan negara. Tiada lagi budaya ketimuran dan keIslaman yang sepatutnya menjadi pegangan mereka.
Apa yang menyedihkan lagi, golongan yang dikatakan bijak pandai dan berintelek juga diragui kewibawaan mereka sebagai mahasiswa. Semuanya berpunca daripada sifat, sikap, adab, dan akhlak mereka sendiri yang semakin hari bukan semakin positif bahkan semakin tidak disenangi masyarakat samada masyarakat kampus itu sendiri mahupun masyarakat sekelilingnya.
Di barat, gejala yang kita istilahkan sebagai ‘couple’ (berdua-duaan atau berkhalwat) adalah biasa, mengadakan hubungan haram luar nikah adalah biasa, lahirnya ramai anak luar nikah adalah biasa. Adakah gejala ini luar biasa di Malaysia? Di timur? Dalam kalangan mahasiswa? Realitinya, gejala ini semakin popular di Malaysia, di timur sekalipun bahkan dalam kalangan mahasiswa juga tidak kurang hebatnya.
Cuba kita masuk ke UMT, penulis amat terasa hati, sedih hati, sakit hati dan pilu hati apabila melihat gejala ini membiak bagaikan cendawan di tengah hujan. Semester ini sahaja, lebih belasan kes dikesan. Ada yang ditangkap khalwat di kampus dan ada juga yang ditangkap khalwat di luar kampus. Ramai lagi yang terlepas atau kes disembunyi. Pemakaian siswa terutama siswi tidak melambangkan kewibawaan mahasiswa bahkan menunjukkan kepunahan sifat, sikap, adab dan akhlak mereka.
Itu baru kes ‘couple’. Sebenarnya mahasiswa juga lah yang mempelopori pelbagai cabang jenayah termasuk mencuri, merosakkan harta benda university (vandalisme), agen pemecah belah masyarakat (Kronimisme), agen perosak rakan mereka di kampus melalui hiburan (Hidonisme) dan sebagainya.
Tentu anda bersetuju jika penulis menyatakan “mahasiswa sepatutnya mempelopori pelbagai cabang ilmu bukan mempelopori pelbagai cabang jenayah”. Betul atau tidak? Lu fikirla sendiri, kata Nabil..
Tapi apa yang berlaku, kegagalan mahasiswa dalam membentuk sifat, sikap, adab dan akhlak yang positif telah membawa kepada kerosakan dan kepunahan sifat, sikap, adab dan akhlak mereka.
Di UMT contohnya, dalam semester ini sahaja lebih sepuluh kes kecurian motosikal, berpuluh kes kecurian laptop dan telefon bimbit. Merosakkan harta benda kerana serapan budaya vandalisme juga banyak memberikan imej negatif mahasiswa. Jika hal ini berterusan tanpa penyelesaian, dibiakkan di semua kampus di seluruh Malaysia dan jika mereka inilah yang memimpin negara pada masa akan datang, tentunya kes pembaziran wang, penyalahgunaan wang dan rasuah tidak akan dapat dibendung mahupun dikurangkan, bahkan negara akan bertambah parah dengan lahirnya mereka di barisan kepimpinan negara.
Apa yang menyedihkan lagi, ada golongan mahasiswa yang telah dijadikan alat untuk merosakkan mahasiswa yang lain. Mereka menjayakan agenda hidonisme (hiburan melampaui batas agama) dengan mengadakan pelbagai jenis aktiviti atau program hiburan di kampus. Golongan ini selalunya diberi jalan mudah dan mendapat kemudahan yang mencukupi dalam menjayakan aktiviti mereka berbanding program akademik, berintelek dan program-program yang membentuk jati diri mahasiswa. Inilah jenayah besar yang sedang digerakkan segolongan mahasiswa yang telah dilatih dan ditokrin sebagai agen perosak mahasiswa.
Bukan sekadar itu sahaja, ada juga golongan mahasiswa yang menjadi agen pemecah belah mahasiswa. Kita semua maklum, penghuni di bumi Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis bangsa dan agama. Apa yang berlaku, di UMT berlakunya kronimisme dalam kalangan mahasiswa. Pada awalnya golongan selain melayu diberi peluang untuk memegang tampuk kepimpinan mahasiswa. Itu mungkin sekadar untuk mengaburi mata mahasiswa di peringkat awal pemilihan kepimpinan. Realitinya, golongan melayu sahaja yang diberi mandat untuk memegang tampuk kepimpinan mahasiswa, dan golongan lain dicantas sedaya usaha seperti kaum cina. Kaum India pula dipinggirkan. Inilah bentuk kronimisme yang berlaku dalam kalangan mahasiswa. Mereka sepatutnya mewujudkan hubungan antara kaum yang harmoni dan meletakkan wakil kaum masing-masing dalam tampuk kepimpinan mahasiswa.
Apa yang penulis kongsikan dengan semua pembaca berkenaan gejala sosial ataupun kes jenayah yang sedang melanda mahasiswa adalah supaya kita menyedari apa yang sedang berlaku. Hari ini mereka adalah mahasiswa, tetapi mereka tidak akan selama-lamanya mahasiswa bahkan mereka suatu hari nanti akan memimpin negara. Pemimpin yang bagaimana yang kita inginkan? adakah kita mahu mahasiswa sebagai agen perosak yang melakukan pelbagai jenayah sebagai pemimpin? Bak kata Nabil, “lu pikir lah sendiri!”. Apa yang penting, bermula hari ini, mahasiswa sudah perlu mula bijak memilih pemimpin dalam kalangan mereka. Mahasiswa perlu sedar akan kepentingan pemilihan kepimpinan yang akan memimpin mereka. Tentunya mahasiswa mahukan pemimpin yang terbaik dalam kalangan mereka.
Kesimpulannya, mesti disedari bahawa dengan berjayanya mahasiswa dalam mempelopori pelbagai cabang jenayah, maka terbantutlah perkembangan mahasiswa dalam pelbagai bidang ilmu. Bagi memastikan kewibawaan mahasiswa diangkat, mahasiswa mesti pakar dalam pelbagai cabang ilmu yang diceburi membina jati diri yang unggul. Allahu A’lam.

0 ulasan:
Catat Ulasan