Assalamualaikum & selamat sejahtera. Berjumpa lagi kita di ruangan yang membuka peluang bagi kita menerobos sekitar UMT dengan harapan isu-isu yang diutarakan ini mampu membuka minda para pelajar yang telah lama ditutup tanpa kita sedari dek kerana kongkongan & kekangan pihak tertentu yang telah menyempitkan pemikiran mahasiswa. Syukur alhamdulillah penulis masih lagi berpeluang untuk berkongsi luahan rasa yang berinput dan merupakan realiti sebenar kita sebagai pelajar di bumi UMT ini. Tak tertanggung rasanya di hati, andai perkara ini tidak dikongsi, kerana ianya merupakan tanggungjawab penulis untuk mendedahkan perkara yang sebenar.
Pernah tak anda semua dengar tentang penggunaan kupon untuk makanan kat institusi lain? Penulis rasa terpanggil untuk mengutarakan isu ini, bukan kerana nak makan free, tapi sekurang-kurangnya UMT perlu cakna dan kisah berkenaan perkara ini. Hal ini kerana kos sara hidup yang agak tinggi di Terengganu yang sememangnya memberi impak kepada kebanyakan pelajar. Isu kebajikan sekiranya dirungkai, amatlah besar dan banyak sekiranya pihak HEP tidak mengambil berat walaupun kecil. Kalau kita perhatikan, institusi lain amat menitikberatkan penjagaan kebajikan pelajar. Kiranya di sini ’tagline’ ”kerana dirimu begitu berharga...!” yang dipetik dari iklan kosmetik itu langsung tak bermakna apa2 buat pihak universiti. Adakah anda perasan makanan di UMT ni mahal? Semestinya YA, bukan? Perkara yang difokuskan di sini adalah harga makanan yang dijual di dalam asrama yang tidak tetap dan mahalnya melampau-lampau.
Betul, ’maintenance’ hidup kat Terengganu ini memanglah tinggi persis Kuala Lumpur, tetapi UMT boleh tolong meringankan beban mahasiswa, bak kata orang, ”Hulurkan Tangan, Ringankan Beban” ( dari rancangan Bersamamu). Makanan di kafeteria2 sekitar kampus memang terbukti mahal tahap cipan. Bayangkan, nasi putih dengan ayam goreng seketul harganya RM3.50. Huiiisshhh, penulis agak terkesima jugak. Alasan yang penulis boleh fikir cuma satu, ”agaknya, ayam ni import dari Jepun kot..”. nak diceritakan, kawan penulis makan di kafeteria yang sama seperti hari sebelumnya dan bayar kepada penjaga kaunter yang sama. Harganya? RM 2.50. Hairan bin Ajaib, cepat je ’cashier’ tu tukar skema harga. Entah2 esoknya lagi, jadi RM 4.00.
Penulis percaya hal itu boleh berlaku. Nak tahu kenapa? Kerana pihak universiti tak kisah semua tu..(bukan aiman je yang tak kesahh...tapi pentadbir UMT pun tak kesah jugak.... MPP Hepa...... LAGI TAK KESAH ...) Akibatnya, pemegang tender makanan tu meletak harga dengan sesuka hati, ikut sedap mulut saja. Langsung tiada penyelarasan harga. Penulis harap benda ini diambil cakna oleh pihak Universiti, MPP Hepa pulak tolong le ambik cakna, kamu tu kan kami yang lantik..... Jangan pula kita teraniaya di U sendiri.
Ini berkenaan dengan penempatan pelajar pula. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari wakil MPP, angka sebenar pelajar yang menetap di asrama adalah separuh, iaitu lebih kurang 3 500 pelajar dari 7 000 lebih. Ini membuktikan kurangnya penyediaan penempatan asrama dan ramainya pelajar yang terpaksa menetap di luar kawasan universiti. Jauh dari jaminan keselamatan dan terdedah dengan bermacam risiko keselamatan dan juga gejala sosial. Berlainan pula dengan jiran kita yang ’teman tapi mesra’, Universiti Darul Iman (UDM) sebagai contoh terdekat, penempatannya cukup. Kemasukan pelajar UDM bagi setiap sesi juga adalah lebih tinggi berbanding UMT, namun UMT nyata gagal dalam memenuhi keperluan dan Kebajikan hidup pelajar-pelajarnya sendiri. Ketidakcukupan penempatan ini berlarutan kesannya. Terfikir tak? Hm.. begini, rata2 yang tinggal di kawasan luar kampus menimbulkan banyak jenayah terutama sekali kecurian. Di dada akhbar juga banyak memaparkan kes2 sebegini malah, lebih teruk dari itu. Contohnya, (kes kecurian melibatkan umt). Tambah memburukkan keadaan, apabila berlaku sebarang kes kecurian melibatkan rakan-rakan kita yang menetap di luar kawasan universiti, tiada tindakan susulan yang diambil. Tak percaya? Cuba anda beritahu penulis ada tak mana2 kes yang membabitkan pelajar UMT ni yang dah di selesaikan, di ’follow-up’ @ diambil cakna oleh pihak universiti. Pihak universiti seolah2 ’bagai enau dlm belukar, melepaskan pucuk masing2’, tidak ambil peduli terus akan kes2 ini. Malah, kalau ada pun, tindakan susulan yang diambil seperti ’melepas batuk di tangga’, seolah2 kita ini anak tiri yang amat dibenci. Tidak diambil peduli dan tidak disayangi. Kalau betullah kita ni anak tiri, maka pihak pentadbiran 2 siapa? Ibu tiri yang jahat? MPP pulak apa dia ??? Hmm, betol3...(ipin yang kata, bukan penulis)
Jaga2! Aku pencuri di dalam ini universiti..kerja merompak, menyamun & mencuri...ahhahaha...!!!
Jadi, apakah tindakan kita selepas mengetahui kebenaran ini? Ayuhai mahasiswa UMT, berhentilah jadi mahasiswa yang pasif. Ayuh! Aktifkan diri anda supaya anda mampu menjadi mahasiswa yang proaktif dan dinamik. Kita yang akan menentukan kepimpinan kita. Ini adalah kerana merekalah yang akan menentukan dan memperjuangkan nasib dan kebajikan kita. Kita tolak kepimpinan yang tidak berkebajikan yang langsung tidak cakna akan perihal kebajikan kita. Pilihanraya Kampus yang akan datang.... kita Pilih Suara Baru..... "Suara Mahasiswa" .... SUara Keramat..... yang akan memandu kita ke arah Kebajikan. Kita mampu mengubahnya....
Akhir kata, anda adalah penilai yang paling bijak yang mampu menilai pandangan penulis yang masih cetek ilmu ini. Hal ini kerana anda semua telah mengalaminya sendiri. Jadi, nilai2kan dan mulakan langkah ke arah perubahan. Selamat berjaya!
0 ulasan:
Catat Ulasan