UMT, 18 Okt- Suasana kampus kelihatan masih lagi tiada apa-apa respon mengenai edisi pro M atau perubahan berlaku seperti graf yang menunjukkan garis lurus tanpa resonan. Ini kerana para mahasiswa bergelumang dengan arus kesibukan hasil dari percaturan pihak HEPA. Pihak krew penulis ada merisik beberapa mahasiswa yang terpilih, ternyata kesibukan membelenggu para mahasiswa sehinggakan kesihatan mereka terabai. Malah mereka menerbitkan terma bahawa minggu ini adalah ‘Minggu Sibuk Pelajar’. Belum lagi tiba ‘study week’. Mereka juga tidak bersetuju bahawa ada dalang yang mencatur disebalik ini. Namun begitu mereka begitu teruja akan hal yang diperkatakan oleh penulis.
Walaupun gelombang sibuk melanda mahasiswa, suasana kampus yang tenang memerlukan kita perlu lebih berhati- hati. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Apakah yang sedang dilakukan oleh pihak Aspirasi sekarang ini? Di saat ini semestinya pihak ASPIRASI dan konco- konconya masih lagi memerah otak untuk merancang pelbagai agenda dalam menuju pilihanraya kampus. Agaknya apa lagi yang mereka bincangkan.
Mahasiswa sibuk dengan pelajaran manakala pihak ASPIRASI & HEPA sibuk dalam merancang dan mengubah strategi bagi menjayakan misi.
Penulis ada melawat keadaan di kafeteria baru di kawasan asrama untuk meninjau keadaan. Terbukti kesibukan para pelajar yang kelihatan berkejaran ke sini sana untuk ‘discussion’ mahupun melayari internet. Namun begitu tidak terkecuali bagi mereka yang berdua-duaan atas alasan untuk melayari internet. Ini menunjukkan para pelajar masih lagi tidak mengendahkan keadaan semasa . Tiada suara-suara yang memperkatakan mengenai edisi yang diedarkan.-Pro M.
0 ulasan:
Catat Ulasan